0

"emergency couple"


























tadi tertengok citer ni dekat tv9.tidak heran lagi...drama korea sudah melambak-lambak seperti lambaknya sinetron lombok.


tapi bukan itu yang kita mahu bincangkan...

drama ni mengingatkan aku pada asrama.kejadah bukan?

ada satu malam tu.kami-set set akak long,angah,dan achik kawasan..ponteng prep.modus operandi-nya,sebab malas-panas-dan takde kelas.hemphh..sungguh ketara itu hanyalah alasan semata-mata

dorm kami di tingkat dua hujung balkoni dekat tangga.-port paling syaitan sekali.haha.sebab di bawah lindungan gitew.warden pun taknak check..apa lagi.bermaharaja lela puteri angkasa berbonjol lah kami.(kartun)

*tutup lampu.*tutup langsir*tutup pintu tp bukak sikit untuk check kalau-kalau pak guard rajin naik

*on laptop*cucuk pen-d

pastu diorang bukak drama ni.sebab petang tadi tak sempat nak habiskan.gigih kau nak habiskan puluhan episod ni.padahal buku sehelai je pun tak sempat habis satu perenggan dah tidur.

dalam samar-samar dan keterangan cahaya laptop yang mampu meningkatkan silau mata ke tahap maksimum..acah acah berani je sebenarnya duduk dekat katil paling hujung.nyamuk jangan tanyalah.pergh.kenduri kendara mereka menghisap darah pendosa ni (insaf)

tu hari pertama.hari seterusnya.-ada sequal kau.belum insaf.masih ponteng prep dan ngadap laptop.tapi tengok movie pulak.satu citer vampire.satu citer thor.kawan-kawan aku lah ntah pape dalam gelap jugak nak tgok citer hantu.eh tp thor tu bkn hantu,

dah lah gelap.boleh pulak main jerit-jerit.sebab acah takut.tetiba aku dengar ada orang lari-lari kat koridor.pergh macam balak bergolek bunyi dia.tapi bukan hantu lah.kawan aku.dia dari bilik hujung sana larik tunduk2 sampai bilik kitorang.

punyalah taknak kantoi.pulak tu sorang ni siap pergi koop sekolah beli jajan lepas tu balik asrama semula sebab nak ada feeling tengok cinema gitew.tahulah security sekolah aku jahanam tahap mana.haha.


lepas budak-budak form lain balik.kitorang sambung tengok movie korea sedih bersama-sama mereka pula.tajuk dia miracle in cell no 7.maka gugurlah air mata kakak-kakak ini.bulan tu memang bulan movie dan laptop sebelum siasatan dilakukan dan budak-budak tu tak bawak laptop lagi.ya.tu laptop budak lower form.wehehe.

sekian.

0 Virus:

Catat Ulasan

Back to Top