2

Kaedah Pembelajaran Di Matrikulasi (KMPh esp)

first thing first,this post is basically based on my experience.lebih tepat lagi,apa yang aku rasai sepanjang berada di sini.so far,kalau di KMPh ni boleh dikatakan sama macam sekolah asrama kecuali kau takde prep malam and petang.wahaha.lecturer sini mostly sangat bertekad untuk membawa anda ke menara gading especially lecturers math and especially lagi kau modul 1,pst (program satu tahun) memang pulun habis lah.dan kalau hw and assignment kau tak siap lecturer akan marah kau macam budak sekolah.

tapi tu okay lagi dia anggap kau budak sekolah.sometimes kalau lecturer anggap kau budak universiti,assignment yang dia tak suka mau kena campak dekat muka.yes,my friend's classmate kena.

aku ni bukanlah nak takutkan korang,tapi cuma nak bagi korang faced the reality.hidup bukan semuanya indah.kalau kau pst,kaedah pnp dia laju.satu subjek 20 topik,10 bulan.ada 4 subjek teras.satu sem 10 topik x 4 subjek dalam 5 bulan nak kejar.bayangkan jelah.tu teras.belum masuk lagi subjek merepek macam dinamika,koko,bi,dan pai(ni penting)/moral.

untuk modul 3 kitorang ada dinamika masa sem 1.lecturer dinamika especially perempuan sangat leceh.masa ni kau belajar tatanegara,perancangan majlis,debat dan macam-macam program.yes,bagi aku benda ni sangat penting for our future.siapa je nak ajar kita buat majlis bila dekat u nanti kan.untung-untung dah ada pengalaman berurusan dengan orang-orang yang leceh dan banyak ragam macam ni.ekceli,kau tak diajar pun.kau cuma kena buat dia puas hati.lel.

ni namanya kaedah forum bedal.tajuk last minute memang merepek lah.

gelabah cari isi dari internet

memang berjaya habis lah lecturer ni buat aku bad mood satu hari.hahaha.

acah-acah setiausaha negara

rehearsal majlis.tudiahh.

sem 2 baru modul 3 ambik koko.ini pun ikut untung nasib kau.yang tak bernasib baik akan dapat subjek kawad kaki.berkawad ah kau sepanjang sem.alah 5 bulan je.subjek2 koko ni pulak kena berebut.first come first serve gitu.nanti lecturer koko akan terang dengan lebih lanjut.aku dapat memanah.thanks for it,dua tiga kali lebam lengan aku.tapi nice lah experience dia.walaupun asyik kena bash je sebab belajar lambat.what do him expect?sebulan dah boleh target kuning or what?hahaha.dahlah sekali je seminggu.

tapi yang syoknya koko sem kedua ni lecturer korang bagi mandi tasik lah,berkayak,memasak etc.budak modul 1 tak dapat ni sebab koko dorang masa sem 1.

tasik.


sekarang aku akan tunjukkan contoh-contoh sesi pembelajaran.

english class-we had to make a research-created the product-do a presentation on our own.

biology lecture.ni time sem 1 boleh lah duk panggil depan.sem 2 duk kejar silibus.laju je mengajar mengalahkan bullet train.kahkah.

tak faham masa lecture? sokay. kita ada kelas tutorial.masa ni lah nak tanya pun.dan masa ni lah anda akan ditanya pun.kuiz dan test setiap kali habis topik diadakan.

english project-proses membuat pengiklanan produk.

yea we gonna focus this lecture.but first let us take a weefie.

kalau segan nak tanya lecturer.sila buat study group.library time study week(seminggu sebelum exam) akan buka pada waktu malam.

doing assignment together.

study group di library with classmate.kuncinya-pandai cari masa.

kenali diri anda.kalau jenis stay up-sila berbuat demikian,kalau jenis bangun 3 pagi study-sila bangun.effect dia anda sendiri boleh rasa.

dia mcam ni je.kalau kau rajin,campak lah dekat mana pun boleh berjaya.jangan takut gagal.nak sedih lepas dah usaha takpe.ni kalau kerjanya main game-tengok movie je lepas tu result kelaut baru orang kata nangis pun tak guna.

masuk matrik ni untuk ubah reult spm kau.tekad tu kena kuat.memang laju belajar dekat sini.semput.tapi ingat,kita belajar laju-laju bukan sebab nak degree cepat.sebab sama je 5 tahun kita habis belajar.tapi kita belajar cepat supaya kita tak leka.biar stress.ni kalau belajar nak rilek,masuklah diploma.kalau tak pandai urus diri terleka repeat lah jawabnya.

nampak macam stress? takpe.nanti aku kongsi pulak aktiviti-aktiviti menarik di matrikulasi.till then,sayonara.

2 Virus:

ciklolita berkata...

Aku la tu yang modul 1 tu hahahaha. Aku pun ada memasak wei 😂

Miss M.S berkata...

Ahahahahah ye ye...

Catat Ulasan

Back to Top