Disebabkan aku rasa blog yang up pasal tembila ni kurang dan atas saranan classmate 😌😌 so aku cerita pengalaman aku (yang setahun jagung) ni untuk rujukan adik-adik (err) yang bakal masuk sini haha.
Bersyukurlah ni cerita latest versi 2017 okayy.
Blok asrama ada 3(buat masa ni satu lot tanah yang luas sedang dlm pembinaan)
-Blok A(lelaki)
-Blok B&C (perempuan)
Bangunan Fakulti ada 2
-Blok D (Fakulti Internet Komputeran something like that haha)
-Blok F (Fakulti Biosumber Dan Industri Makanan-My fakulti bebeh)
Buat masa sekarang ni fakulti farmasi sedang menumpang fakulti kami (dan merampas student center,ya hmm)
Blok E pejabat Kolej Kediaman. Ya silakan pelik sebab blok E sebenarnya diletak bawah Blok A iaitu blok kolej kediaman lelaki. Selain pejabat kolej, bawah blok A jugak terletaknya Pusat Kesihatan,dan tempat ambik barang pos)
Kafe sini ada 8 semuanya termasuk 1 kafe air.Sebelah siswi dan siswa. Dan juga mini koop.
Untuk meng'compare'kan fakulti adalah tindakan yang tidak adil lagi berhemah sebenarnya sebab FIK ada student diploma dan FBIM cuma student degree dan master je. Jadi janganlah hairan kalau first time kelas tu lalu fakulti macam lalu dekat hospital bahagian ICU. Sunyi sesunyi embun pagi (kaitan???)
Dan sebenarnya fasiliti di FIK pun sangatlah berganda gandanya dari FBIM. Jangan bagi aku mulakan 😠😠
Apalagi ya? Oh ya ada padang,dewan serbaguna(utk main badminton),outdoor gymn,surau,masjid dan.. dan... itu sahaja. Haha
Dekat sini tak sama macam Kampus Gong Badak, bas disini sangat2 diperlukan sebab fakulti jauh jenak. Bas disediakan setiap sejam. 7.30pg smpai 5.30 ptg.
Kalau nak compare kampus antara UniSZA lagilah sia sia sebab mostly bangunan disini semuanya dalam pembinaan lagi. Oh ya, bangunan library dijangka siap masa aku grad nanti. 2019. Hampir 2020 tapi library masih bukan dalam bentuk terapung hemm.
Nanti aku cerita pasal course yang ade dekat sini pulak. Kalau rajin la. Haha
Ini group whatsapp untuk pengambilan 17/18 student bioteknologi pertanian unisza https://t.co/IMjGqBQvT0 . Banyak info mengenai orientasi dan course ni.
Ini group whatsapp untuk pengambilan 17/18 student bioteknologi pertanian unisza https://t.co/IMjGqBQvT0 . Banyak info mengenai orientasi dan course ni.
Ya ada dua tasik juga. Tasik kumbahan dan tasik Itik.huhu |
Anda seorang instafemes.inginkan photoshoot yang menarik? |
Ni organisasi yang aku sdg masuk sekarang.Agribiosis namenye. Motif gambar ni nak tunjuk Auditorium tu je. Huhu |
Student biotech sedang belajar di lapangan.jyeah |