Salam! Hari ni aku nak share pasal unisza Besut / Tembila lagi. Junior semakin excited maka senior dia pun excited jugak! Walaupun diorang dah ada group untuk tanya apa apa hal. Tapi bukan satu batch ada dalam tu. Jadi entri kali ni khas buat mencari junior junior yang masih sesat di jalanan. Moga jumpa cahaya ya?
First, summary pasal orientasi degree. Semua student akan orientasi seminggu di kampus gong badak. Tahun ni, dikhabarkan med check up buat di pusat kesihatan unisza ya? Katanya lebih murah. Rm40 macam tulah. Tapi pendapat akulah, kalau berkemampuan, korang boleh buat sendiri sebelum mendaftar. Ramai ramai student tu berapa hari baru nak siap kan?
Orientasi sumpah penat. Bangun 3-4 pagi nak buat apa? Haha. Tapi bersyukurlah nak. Takde budaya raging raging dekat sini. Paling baran pun dia suruh beratur ikut kediaman sebelum keluar makan.
Jangan terkejut pulak kalau kediaman korang tu serba daif. Ya! Macam rumah panjang. Jiran sebelah borak boleh buat bedstory. Tapi takpe. Seminggu saja, lepas tu fakulti biosumber dan teknologi makanan akan berpindah ke kampus tembila, besut. Dan kos perubatan ke kampus kota.
Dinasihatkan supaya bawa barang barang yang perlu sahaja bagi yang akan berpindah. Tikar, printer tu semua tak payah lagi bawak. Jenuh nak angkut. Untuk kos aku, bioteknologi pertanian, 1st year banyak pergi ladang. So banyak banyakkan bawak seluar dan tshirt. Kuliah pakai jeans pun takpe, dik. Tapi sopan lah jangan yang fit fit. Nak pakai baju kurung pun takde masalah. Kelas english nanti korang kena pakai attire formal. Seluar slack atau baju kurung. Kasut tutup eh.
Oh ya, korang pindah naik bas. Barang korang angkut naik lori. Kalau takut barang hilang tanda lah siap siap. Tapi so far, takde lagi kes barang hilang. Dekat bawah ada gambarnya. Aku malas nak susun.
Laptop tu bagi aku satu keperluan. Tapi takpe, kalau tak berkemampuan.. boleh pinjam dengan library. Ataupun download siap siap pdf, powerpoint dengan words dalam smartphone korang. Jimat space bag kan. Nanti cuti, baru lah angkut semua yg berat2 tu.
Nota macam matrik ke? Ya diupload dalam ekelips. Tapi tak sekerap penggunaan macam dekat matrik. Kalau tak bawak notes kena halau kuliah ke apa kan. (Psst. Terutamanya matrik gambang) sini lalai2 lecturer takde masa nak marah. Awak lambat print, awak yang terpinga pinga nanti. Dan tolong bagi ekstra fokus pada lecturer oversea. Kampus Besut banyak lecturer Bangladesh jadi bayangkan english dorang pekat macam mana. Yang bestnya, dorang sangat sangat suka tolong pelajar. Salin lah tips tips exam tu. 100% confirm masuk final.
Apa apa pun ini link whatsapp untuk student biotech sesi 17/18 https://t.co/IMjGqBQvT0 . Mari tanya sampai pengsan!
Bilik di tembila. Almari tinggi langit |
Laman belakang ampaian disediakan setiap aras. Tapi ampai besar di aras 1 sahaja. |
Tandas. Setiap aras ada dua. |
Bilik dobi. Mesin basuh ada di aras 1 sahaja. |
Ya. Gaya asrama. |
Ladang bioteknologi pertanian. Luar kampus. Jangan lupa mohon bas kalau malas jalan kaki setiap petang. Sejauh mata memandang. |
Ini Dr. Jamil, lecturer soil sc. Tak cukup amali? Cant relate. |
Setiap selasa rasanya boleh main kayak ni. Walaupun korang bukan ahli kor kayak. |
Ha! Ini masa kami mengangkut barang guna lori. |