Ada Apa Dengan Tembikai - Filem baru adaptasi novel
By Naja - 10:30 PG
Tahukah anda tembikai lebih manis pada musim panas dan lebih tawar pada musim hujan?
dah kenapa cerita pasal tembikai pulak ni.*poker face.sekarang kan musim jerebu.okay macam tak masuk je.
ehem.
aku nak share fakta lelebih kang korang bosan pulak kan .so meh aku simplify/summarize.
senang cerita korang(for those yang tak ambil sains) mesti tau pasal fotosintesis masa darjah tiga kan.now here is the fact,tembikai memerlukan suhu 25 – 35ºC pada waktu siang dan 18 - 22ºC pada waktu malam untuk pertumbuhan yang baik-tak,aku tak cakap tembikai tu jahat pun.
so,dengan suhu yang panas cenggitu senang lah dia berfotosintesis(yakni membuat makanan untuk dirinya sendiri), dan menghasilkan rasa yang lebih manis berbanding waktu hujan.dan lagipun,tembikai ni asal nenek moyang dia dari selatan afrika,so sebab tu dia tak boleh ditanam di kawasan tanah tinggi.
apa faedahnya post pasal tembikai ni dekat korang?
well,at least korang tahu kenapa tembikai yang korang beli tak manis.nanti beli tembikai mesti teringat aku-k perasan.
dan kalau korang nak tahu,tembikai sekarang kan dah takde biji?tahu tak?tahu tak? itu tembikai kacuk sebenarnya-kacukan taiwan dan jepun.tembikai kpop takde.hemm.
then,kalau beli dekat supermarket kan.tengok label-nama tembikai tu.Jabatan Pertanian syorkan tembikai New Dragon,Super Dragon dan Flower Dragon sebab tembikai jenis ni lebih manis dan takde biji punya-cayalah-adoi.sebab tumbuhan ni hybrid F1 dari Jepun dan Taiwan kan so diorang cuma pilih characteristic yang perlu sahaja.
hah jadah apa pulak hybrid F1 tu-dia macam anak pertama lah.haha
Khasiat tembikai?Jangan korang main belasah makan tembikai sebab musim panas je.Well,tembikai ni
- 90% terdiri daripada air
- mengandungi vitamin c,fosforus,kalsium,natrium,kalium(garam dan gula) yang tinggi-baik untuk merawat masalah ginjal dan salur kencing.
fakta terakhir-tembikai isi kuning dan tembikai susu bukanlah benda yang sama.mungkin saudara-bau bau bacang.saudara yang jenis setahun sekali je balik kampung.tu pun hari raya-minggu kedua.
Yellow Baby ni tembikai isi kuning-kulit belang hijau tua dan hijau muda.ni jenis anak-anak tembikai merah.
Tembikai wangi atau yang kita panggil Honey Dew tu macam nama mak dia lah.anak-anak dia nama Jade Dew,New Century,Sun Lady,Sky Rocket.kulit ada yang warna kelabu atau hijau.
dan semestinya wintermelon bukanlah sejenis mereka ni.tak setaraf bak kata drama melayu mainstream abad ini.wintermelon adalah sejenis timun ya.yang yeo's ada jual air kotak yang cuma orang-orang special je kata sedap-dan semestinya aku tak tergolong dalam kalangan mereka.
credit gambar seharusnya ala-ala hipstur gitu |
3 Virus
TEMBIKAI KALAU BARU KELUAR PETI SEJUK, MEMANG KAWKAW!!!! *semangat*
BalasPadamhmm dah lama tak makan tembikai.. sebab malas nak letak dlm peti sejuk barangkali,,,
Hahaha.pastu ajak adik beradik korek isi pakai sudu sebab malas nak potong.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam