Aku baru habis baca satu novel dubook. Sekarang aku nak review buku tersebut. Tajuk dia Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang. Mungkin ada yang dah pernah baca, tapi aku peduli apa heh
Banyak isu berat yang dikupas sebenarnya. Banyak sangat untuk disenaraikan.semuanya berkisar peranan mahasiswa yang fungsinya bukan setakat belajar subjek subjek berkenaan course yang diambil,tapi juga fungsi mahasiswa sebagai penyelesai masalah rakyat. Perasaan aku bercampur baur semasa membaca buku tersebut. Memanglah tidak kita membaca dengan perasaan,tetapi setidaknya seruan seruannya lantang terkesan di hati aku sebagai pembaca.Dan juga sebagai mahasiswa.
Penulis banyak menempelak mahasiswa yang dikatakan lebih teruk dari tong kosong. Iaitu mahasiswa yang tak bersikap. Tidak langsung ingin mengambil tahu akan hal semasa. Aku separuh bersetuju dan separuh lagi tidak. Anggaplah coretan kali ini sebagai maklum balas suasana sebenar mahasiswa generasi aku.
Apa masalah sebenarnya?
Biar aku mula dari zaman aku bersekolah menengah rendah. Benarlah yang dikatakan penulis, guru dan pegawai atasan sibuk memastikan murid2nya cemerlang untuk PMR. Aku selaku murid kelas hadapan sering ditekan,diberi kelas tambahan,diwajibkan bengkel peperiksaan. Untuk menghafal skema jawapan. Tidak hairanlah jika markah PISA,TIMSS pelajar Malaysia masih antara tercorot walaupun PMR,SPM mencatatkan peningkatan setiap tahun. Nak tahu apa yang sekolah lakukan kepada murid kelas belakang? Mereka tidak dibiarkan,namun diberikan kelas insentif agar tidak menurunkan gred sekolah. "Tak dapat A takpe,jangan gagal".. mereka sudahpun berputus asa sebenarnya.
Salah siapa sebenarnya?
Aku tak menyalahkan guru2 tersebut. Mereka juga diberi tekanan yang lagi hebat. Silibus berjilid jilid harus dihabiskan sebelum PMR/SPM,kerja kerja pengkeranian juga menambahkan lagi beban sedia ada. Ustazah yang paling kool pun terkesan dengan tekanan sebegini. Akibatnya,murid akhirnya disuruh menekankan silibus yang cuma masuk peperiksaan. Terhasillah soalan spot,hafal skema jawapan,dan sebagainya. Dari belasan tahun sudah diajar sebegini, apa yang diharapkan jika kami bergelar mahasiswa? Perkara sama berulang. Malah lebih dasyat.
PPSMI satu perkara bagus atau tidak?
PPSMI yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bertujuan untuk mencapai wawasan 2020 nya. Kata penulis,sebuah jalan singkat untuk menjadikan pelajar Malaysia separa dengan aras pendidikan dunia,lantas membakul sampahkan bahasa ibunda sendiri. Aku kira ada betulnya,negara seperti Jepun dan Korea Selatan semuanya menggunakan bahasa mereka sendiri. Namun markah TIMSS mereka antara yang terbaik. Tapi jika kita lihat kembali masyarakat mereka yang sangat mendewakan bahasa ibunda sendiri, sehingga simple english pun punah,aku fikir ada baiknya juga kita menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.
Yang tidak bagusnya, apabila aku lihat jika berlaku perdebatan di twitter misalnya, mereka yang menggunakan bahasa inggeris akan dipandang lebih berpelajaran,lebih berkelas. Ini sudah menyimpang jauh sebenarnya. Bahasa melayu sudah dirojak dan selebihnya cuma kata kata kesat. Usah ditanya mana perginya keagungan lingua franca kita dulu.
Kebebasan akademik Mahasiswa dan AUKU
Aku mengaku aku bosan dengan politik Malaysia. Bagi aku, sesiapa sahaja yang naik menjadi perdana menteri akhirnya sama saja. Apa kalau parti pembangkang akan jadi lebih teruk dari parti kerajaan sekarang? Campur tangan media yang suka menyokong satu pihak dan memburukkan sebelah lagi pihak jugak membuat aku muak. Salah seorang kawan aku yang dalam kalangan pelajar 'perform' pernah berpesan, "masuk u nanti jangan masuk mana mana kelab berfahaman partisan.Nanti bergaduh dengan kawan."
Penulis memberitahu tidak salah mahasiswa berpolitik partisan asalkan bijak membahagi masa. Tidak semestinya rosak masa depannya jika turun demonstrasi jalanan untuk menuntut hak kebebasan akademik..atau apa saja. Aku tak suka. Bagi aku,apa gunanya pelajar politik sosial? Kami semua ada major masing masing. Kami berjuang mengikut major masing masing. Bagi kami ruang dan masa. Demonstrasi jalanan bagi aku sesuatu yang taboo dan tak berguna,kerana kerajaan tidak mengambil tindakan selanjutnya pun,malah dijadikan bahan politik.
Sudahlah subjek sedia ada banyak yang perlu hadam, malah kami perlu menyelesaikan masalah masyarakat pula? Di mana perginya pakar pakar negara? Soalanya sekarang, pakar yang sibuk menentukan masa depan mahasiswa tak pernah turun padang memantau mahasiswa. Yang dibuat, laporan akademik setiap universiti, ranking.ranking dan ranking. Jatuh ranking sahaja gelabah menukar akta pendidikan. Pening tahu?!
Aku tahu tak banyak fakta dan data2 yang aku kepil sebagai bukti. Tapi jadikanlah ni sebagai satu usaha awal untuk aku bereaksi melalui medium yang kena dengan jiwa aku. Bukan berteriak di jalanan. Haha sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan