Khamis, Ogos 10, 2017

Apa nak buat kalau salah tulis no akaun untuk ptptn?

Megad panjangnya tajuk. Ok kalau nak tahu aku pakar dalam buat kerja kerja pencuaian berkaitan bank. Dont judge me kahkah. 

Aku masuk unisza. Unisza suruh buat akaun bank islam sebab you know unisza=islamik. Jadi aku buat akaun bank sekaligus ptptn. Wow, banyak dokumen sekaligus dapat. Lepastu aku bayar terus yuran. Kau tau penyata bank warna pink dan kuning tu? Satu utk bank satu utk pelanggan? Ya, sebab bank islam ni takde buku bank, aku tertukarlah no akaun. Aku letak no akaun bendahari unisza tak silap masa isi borang ptptn.

Orang ptptn ni datang dekat u kau nanti untuk kau isi borang ni. So w/o guide dari mak pak, aku pun isilah secara berdiri di atas kaki sendiri. Aku sedar salah akaun bila semua orang dah masuk duit, aku dia hantar mesej ada masalah. CUAK! Dahlah masa tu aku kena bayar yuran kediaman kalau tak result gantung. Masa tu lagi seminggu kot nak final. Jadi apa nak buat?

1) kau pergi unit hepa mintak boleh tangguh atau tak? Imc, dia kata tak boleh, sobs.

2) kau call ptptn, bagitau kau nak tukar no akaun. Tak payah susah ke kaunter dia. Call je. Dah habis call,tanya dia paling lewat duit masuk bila.

3) kau call mak pak kau. Mintak dahulukan dulu dulu. Nanti dah dapat ptptn bayar balik! Jangan nak makan sesedap dekat kafe hipster. Ingat sikit dorang makan apa dekat rumah. Meminjam buat cara meminjam. Miskin buat cara miskin.

Aku punyalah cuak masa pegi hepa tu bila dia kata, "biasanya ptptn ni memang lambat. Saya rasa, awak dahulukanlah duit awak dulu." Aku bertuah masa tu hari Ahad dan pahang cuti, dan ayah aku cuti, dan dia rilek sikit, dan nenek aku baru bagi sejumlah duit untuk dijaga masa tu dia pergi umrah. Lepas tu aku bayar lah balik walaupun kena maki sikit dengan ayah. Hmm. Pengajarannya, double confirm dengan kawan/mak pak no akaun tu. Duit ni, duit.

20 ulasan:

  1. Hal yg berkaitan no acc ni la menakutkan sbnanya. Salah sikit mmg byk urusan. Tp ni oklah kan sbb blh settle through call je. Next time kan cek betol2 kalau isi apa2 borang. Self reminder utk sy juga tu. Hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah. sekarang jadi takut gila kalau buat urusan. berkali-kali check baru hantar. pengajaran hidup haha

      Padam
  2. Bertabahlah kalau meminjam Ptptm.dah bertabah jugaklah nanti untuk membayarnya.good luck inml future dear sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. hhaha itulah, ayah suruh ptptn so berptptn lah kita. lagipun, tak suka iv lol

      Padam
  3. Memng klau nak tukar no akaun tu call ptptn je ke apa???

    BalasPadam
  4. Lama tak dia update no akaun tu?kene tunggu brapa hari bekerja ek?ke sekejap je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori dah lupa berapa hari bekerja tapi yang pastinya takde lah lama sangat

      Padam
  5. saya pula salah letak no akaun..bank panel untuk oum adalah CIMB..sya isi dalam permohonan no akaun Maybank. saya dah buntu dia cakap kena pergi kaunter ptptn. kaunter ptptn kat kajang mana ade..hari tu sya hantar borang tawaran sya kat shopping mall MINes2 sana ada kaunter ptptn..huhuhu dah la jauh ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ade pulak bank-bank khas ya. bertabahlah, benda-benda macam ni memanglah leceh

      Padam
    2. Sama laa.. Da pergi kaunter. Berapa lama ek nak masuk? Hahaha

      Padam
  6. Saya tersilap masuk duit kat ptptn,
    Sepatutnya masuk dekat ptpk,
    Ade x cara nak return duit itu balik

    BalasPadam
  7. Saya nak bayar yuran kepada kolej saya tapi tersilap masukkan nombor akaun tapi yg jaga bank tu chop ja cuma slh no akaun jd yuran saya masihh tertunggak apa yg patot saya buatt?

    BalasPadam
  8. hai sis, nak tanya dia masuk balik duit tu ke akaun sis yang btul ambil masa berapa lama? sebab saya haritu tukar card bank and automatically no acc tukar sekali. saya un tak sedar and baru sedar harini kawan semua dh dapat saya je tak masuh lagi huhu

    BalasPadam
  9. maaf nak bertanya, kalau la kata saya tersilap tulis no akaun bank, boleh juga call ptptn mintak perbaiki no akaun bank kita ?

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. saya nak tanya lepas je awak call tu berapa lama masa dia kreditkan pinjaman ke dalam akaun awak sebab saya baru perasan lepas dia hantar email bagitau duit nak masuk

    BalasPadam
  12. macam mana pula kalau tersalah letak institusi, kena buat apa

    BalasPadam
  13. Aku nak Tanya ni aku ni...no akaun aku Salah and saya sudah update akaun nombor baru tapi dah 2 minngu belum dikreditkan lagi ...macam mana ya nak tunggu lagi atau apa

    BalasPadam