Translate

Neutral

By Naja - 1:57 PTG



Malaysia sekali lagi gempar dengan isu LGBT-di mana pasangan lesbian di terengganu ditangkap kerana cuba melakukan seks DI DALAM KERETA di DATARAN ARENA SQUARE, 1.50 TENGAHARI.

first of all, bodohnya buat dekat public tengah hari buta. second, sakitnya hati aku baca komen netizen. Kalau di facebook penuh dengan caci maki, di twitter penuh dengan 'woke' comments mempersoalkan sharia law. Belum lagi tengok international backlash toward this issue. Haih, sakit kepala.

Aku geram dengan sikap SESETENGAH rakyat Malaysia ni. Aku ingat nak bebel dekat twitter, tapi aku tahu nanti mesti ada orang spin tweet aku then kecam ramai ramai.

So, aku cuma nak bagi tinggalkan pendapat aku dekat sini.

1. Kalau ikut betul-betul sharia law tu, 6x sebatan tu tak sakit mana nak compare dengan civil law. Jadi diorang spin part metal torture-public caning tu memalukan pesalah. Duh, that's the purpose. To educate the public. Why doing the sex in public at the first place? Cari nahas. Then baru tadi depa spin part "cubaan melakukan seks" dan bukannya pengadu nampak betul diorang buat seks. I literally lost. Seriously? Kau nak suruh pengadu tu tunggu part dia buat betul betul baru nak call jabatan agama?

2. Orang yang nak tengok sebatan tu semata mata nak bertepuk tangan/booing/cheering tu baik tak payah. Hukuman tu tujuan untuk menginsafkan, bukan sebagai hiburan. Sakit otak ke?

3. Then, komen paling popular. Kenapa jenayah lain (pedophile-kawin dengan budak budak, cabul, rogol-lagi lagi melibatkan guru agama) tak dihukum macam ni. Ha, mohon lah sharia law untuk diimplemen untuk semua jenayah. Sebab jenayah tu masih di bawah civil law. Dan kalau nak implemen sharia law, biar semua mendapat. Pak ustaz, lebai, ahli politik, Sultan semua kena. Jangan jadi macam Brunei. Sultan dikecualikan. Tapi bagi aku, susah nak implemen sharia law di Malaysia selagi rasuah nombor 1. Hukum Allah ni adil, tapi manusia tidak. Memang lah kita boleh je berpendapat, terlepas di sini, dihukum juga di sana. Tapi, aku tak suka kalau non-muslim pandang serong dekat Islam. Mesti diorang persoalkan, kenapa ahli politik ni terlepas? Mana adilnya hukuman ni? Diorang tak faham selagi perangai orang Islam macam ni.

4. "Biar Allah menghukum. Jangan ambik kerja tuhan". Iqra'. Iqra'. Iqra'.

Dan jangan lupa, ada benda yang boleh kita tentang, ada yang tidak. Contohnya, belasah pondan ramai-ramai. Itu mengarut. Dia tak buat salah secara public. Kita ada undang-undang, jangan ikut kepala sendiri lah. Selagi dia tak buat salah, jangan caci, hina, pulaukan diorang. Hanya sebab keluarga kita ada asas didikan agama yang kuat, kita anggap semua orang ada keluarga macam tu. Buka mata, buka hati, buka minda. Dan walau semoden mana pun kita sekarang, hukum Allah takkan boleh berubah sampai bila bila.

Setiap kali isu macam ni keluar, aku fikir tak boleh ke Malaysia ni jangan jadi terlalu extreme atau liberal?

Imej yang berkaitan

  • Share:

You Might Also Like

4 Virus

  1. satu entri yg memberi sedikit sebanyak kesan kepd pembaca mcm saya ni..keep it up...

    BalasPadam
  2. orang sekarang suka benda yang aneh-aneh. terikut-ikut dengan benda tak sepatutnya dan terasa negara ni macam tak adil dah :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tulah, nak ikutkan mana mana negara pun ada masalah dia sendiri.

      Padam