Translate

Kerengga-Perosak Atau Pemangsa?

By Naja - 5:37 PTG

Retrieved from

Pengalaman aku nak cantas pokok pelam yang penuh dengan kerengga. Sebelah tangan pegang parang, sebelah lagi menggelupur bila kerengga terjun beramai ramai dan sempat gigit aku. Then, dalam menggelupur tu, terpegang belakang parang-maka tersiat kulit aku. Sikit je, tapi double sendu sebab kena gigit + kena parang. Kesimpulannya, belakang parang kalau diasah lagikan tajam...dan jangan berani melawan kerengga.

Tapi mak aku selalu cakap, kerengga tu baik untuk pokok, dia jaga buah. Aku iyakan je. Tapi bila dan tahun ketiga ni-aku baru belajar pasal kebaikkan kerengga ni. Actually, boleh je cari sendiri tapi biasalah melayu memang suka disuap lel. So, Prof aku lecture pasal satu studies about green ants-used for Integrated Pest Management (IPM) untuk Mango Orchard dorang di sana. Green ants ni species dekat australia tapi sama binasa je dengan kerengga (weaver ants), cuma bontot dia hijau, huhu.

Green-ant | A guide to Australian bushtucker - Travel

So, kalau korang malas baca attached link about the studies, meh aku ringkaskan dalam bahasa malaysia lagi.

Sebenarnya diorang tak kisah langsung pasal buah korang. Yang diorang kisah adalah perosak-perosak dekat buah korang. Perosak=sumber makanan. Dalam IPM, predator macam diorang ni sangatlah digemari oleh petani moden-yang taknak pakai racun untuk get rid of the pest.

Kenapa aku kata dorang tak kisah? Sebab bagi aku diorang ni macam mafia. Diorang akan gaduh kalau ada koloni lain kacau kawasan dia. Dan pergaduhan yang ganas tu akan menyebabkan pengeluaran formic acid-yang menyebabkan kerosakan pada buah.

 fruit damaged by formic acid weaver green ants

Macam mana nak tangani masalah ni? Korang kena bijak mengasingkan koloni-koloni tu. Yang ni kena belajar dalam sikit lah. Tapi kalau dah nampak tanda-tanda hitam ni dekat buah, korang ambik salah satu sarang dia-ambik satu kerengga dekat sarang tu-letak dekat sarang lain. Kalau dorang gaduh, maka buanglah salah satu sarang. Ini kalau berani lah, kalau tak berani makan jelah buah polka dots tu huhu.

Apa kebaikkan kerengga ni? Dahlah susah nak petik buah. First of all-like I said before, they are natural predators. Benda takyah beli punya. Dan diorang ni makan semua jenis serangga daripada peringkat larvae sampai mak bapak dia. All of themmm!!!

Imej yang berkaitan
Siput bukan serangga tapi masih jadi perosak tanaman. You go kerengga!

Tips masa nak kutip buah supaya tenang tanpa menggelupur adalah-sembur air. Kalau di orchard besar-besar diorang pakai water jet tu ha. Kita level kampung ni pakai getah paip dahlah. Janji kerengga ni macam blur gitu-so takde lah aktif sangat mengejar manusia tak bersalah ni.

Setiap kejadian tu mesti ada keburukan dia yedak? Jadi apa masalah kerengga ni sebenarnya? Kerengga ni satu family dengan semut-iaitu Formicidae. Dorang ni tak lari dari menggemari gula. Kejadah apanya gula dekat pokok kan? FYI, ada satu serangga-yang kita selalu anggap dia cuma debu debu kehidupan-yang menghasilkan gula untuk semut ni. Nama dia mealybugs.

Ni diorang time protect colony of mealybugs. Siap protect lagi tau. #BeLikeKerengga .Mealybugs ni sebenarnya secrete honeydew-yang kaya dengan gula. eh, tak nampak macam debu pun. Ha jap.

Imej yang berkaitan
ni yang korang selalu pegang pegang dekat pokok. Eww bukan? Lepas ni jangan pegang-pegang. Memanglah tak mati pun makan mealybugs ni tapi eww lah kan.

Imej yang berkaitan
ni adult mealybugs. Hahahaahahah ha pegang lah pegang.

Mealybugs ni pulak perosak untuk pokok. Sebab bila dia secrete honeydew tu, dia boleh menghitamkan daun-bila daun hitam semua-dia tak boleh berfotosintesis, lalu mati deh. Jadi gunalah horticulture oil kalau nak bunuh mealybugs, bukan kerengga sekali. Oil ni pulak korang boleh buat sendiri. Tapi nanti lah aku share resepi huhu.

Satu lagi masalah kerengga ni dia buat sarang dekat daun pokok. Kalau pokok buah-oklah. Kalau sayur memang tak dapat gunalah cara ni. Sendu je orang makan kerengga nanti.

Jadi kesimpulannya-setiap makhluk ciptaan Allah ni ada fungsinya. Tinggal kita je nak guna ke tak. Kebanyakan petani dekat Malaysia ni memang takde lagi yang guna kerengga ke predator lain. Satu sebab lambat. Dua, kalau serangga ni tak boleh control. Habis sumber makanan dia lari. Kita pulak kena bagi makanan alternatif. Tiga, banyak kerja. Kalau pakai racun kan senang. Gitu.

Jadi, aku cuma nak cakap, Prof aku kata sayur-sayur dari Cameron pakai racun kaw punya. Dan kalau korang dengar cerita sesebuah ladang tu guna racun kopi, ha helakkan beli produk dia. Kena buat entri lain pulak pasal racun ni. Sebab dia bukan boleh bunuh manusia je. Tapi...


Update:

Versi video entri ni telah di post pada instagram. Klick pada pautan url untuk direct ke ig. Kalau boleh, like lah sekali. Thank you!



  • Share:

You Might Also Like

2 Virus

  1. I love this post. Short and sweet. Senang nak faham. New info today. Thanks! Teruskan posting macam ni, kita suka!

    BalasPadam