Translate

Merdekaka Kita?

By Naja - 3:01 PTG

Hasil carian imej untuk hari kemerdekaan 62
Kurang 16 hari dari sekarang, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62. Persoalan yang sama setiap tahun, sudah merdekakah kita? Pelik bila setiap tahun, isu perkauman mesti muncul. Seolah olah wajib pulak ya.

Isu ni sangat sensitif ya. Aku harap, masing-masing berhati-hati bila nak komen atas sesuatu isu. Banyak isu-isu timbul baru baru ni, sampai tak tahu salah siapa. Bagi aku, kaum di Malaysia ni macam adik beradik, bergaduh, salah faham tu biasa. Yang luar biasa bila melibatkan pembunuhan sesama sendiri. Tambah pihak yang mengapi-apikan lagi. Politik lagi. Bila kita tengok balik, bukan tak ada sikap baik antara kaum, tapi orang lagi suka tengok yang buruk buruk. Lupakah kita peristiwa 13 Mei?

Kalau masih belum lahir tahun ni, macam generasi aku, aku sarankan kau orang tengok filem filem sejarah. Baru-baru ni aku tengok filem Tanda Putera. Cerita ni dah lama keluar, tapi baru ada di tv. Susah payah tokoh-tokoh dulu membina negara, kita rosakkan pulak?

Pendapat aku pasal isu bunuh membunuh antara kaum ni, tak patut berlaku. Sangat tak patut. Tapi tak perlu pukul rata satu kaum. Dan aku paling tak suka perkataan "balik cina/india lah!" Kita ada rakyat Malaysia yang kena halau macam ni di seluruh negara tau, kita benci racist macam tu, tapi kenapa kita buat benda yang sama? Sedar ke tak?

Tapi, aku tak berkenan jugak dengan kaum bukan Melayu yang tak pandai cakap bahasa malaysia. Tak perlu fasih pun, cukup yang basic pun tak apa. Apa yang menjadikan Malaysia ni Malaysia, kalau tak gunakan bahasa malaysia? Ini bukan hal hak superior, atau "bolehlah kita orang melayu, mestilah pandai cakap melayu".. Kenapa kita puji melangit orang Jepun, US, UK, China, pergi mana-mana pun cakap bahasa dia? Orang nak berurusan dengan negara diorang, orang tu yang kena faham bahasa dia. Kita? Dahlah kurang maju, bahasa sendiri pun tak reti. Mana Malaysia nya?

Nak diceritakan orang dulu, bukan saja cina, india pandai cakap melayu, guna tulisan jawi, orang melayu pun pandai cakap mandarin dan tamil. Entahlah, bagi aku, senang sama ratakan balik hal bahasa pertuturan ni. Kita bukan nak gaduh siapa paling superior, kita cuma taknak Malaysia ni hilang identiti. Nak diwajibkan ambik tiga tiga bahasa karang, menyusahkan budak sekolah pulak. Dahlah sistem pembelajaran di Malaysia ni sangat exam-oriented. susah!

Bila cakap pasal bahasa ni, mulalah keluar cerita kaum ni ambik kaum ni je bekerja/jadi penyewa. Kaum ni nak kerja dekat syarikat dia, kena cakap bahasa dia. Meeting dalam bahasa dia. Ni bukan pasal kaum cina je. Kalau hal penyewa tu, kita boleh faham, kita nak satu rumah selesa. Mungkin sebab susah nak solat ke? Ada patung depan rumah ke. Kita tak boleh tuduh orang racist untuk isu-isu macam ni. Tapi kalau hal kerja tu.. kita faham kalau syarikat dia memang perlukan bahasa mandarin untuk berurusan dengan client. Tapi ada orang ambik kesempatan, ni yang kita tak suka. Skop kerja yang tak perlu bercakap pun nak mandarin speaker, apo? Aku rasa, orang kita kena comeback lah, letak 'fasih bahasa malaysia' dalam requirement. Masalahnya, jarang lah company tu bos melayu. nak taknak, hadap lah.

Hasil carian imej untuk hikmah apa yang kita dapat dari cerita ini? tidak ada meme

Stay unproblematic, love your own country, love our own language, love all races. Avoid being racist. Together, we are Malaysian.

  • Share:

You Might Also Like

3 Virus

  1. I hope we stay united. Stop racism.

    BalasPadam
  2. sepatutnya kita jadikan keunikan pelbagai bangsa di negara kita sebagai suatu contoh yang baik kepada masyarakat di tempat lain.

    BalasPadam