University is a scam
By Naja - 11:28 PG
Tadi aku baru perasan ada sprikler dekat padang bola. Dan aku pun terfikir, 'oh, padang boleh, ladang sebesar alam, tak ada budget pulak'. Kalau ladang unisza memang ada, tapi ladang untuk student dari first sem sampai aku final year, kena siram manual. Wow.
Oklah. Ini mungkin dari perspektif seorang student final year yang tak ada pengalaman dalam uruskan costing untuk semua sistem ni, dan aku tak tahu apa masalah dalaman yang menyebabkan tak ada 'dana' untuk pasang irrigation system untuk student. Ya, maybe ladang student tak cukup 'besar' untuk aplikasikan sistem ni, dan membazir pasang untuk satu sem je? Maybe...
But that's not what you preached to us lah. Dalam silibus, ajar itu itu, macam mana irrigation system ni walaupun high cost untuk set up, tapi menjimatkan air, secara tak langsung jimat kos dalam masa panjang. Tapi, tak dapat aplikasikan. Sangat disappointed because univesity tak boleh jadi model contoh untuk petani lain. Sepatutnya, itulah fungsi universiti. Kalau nak jimat kos, student pun tak ada experience untuk irrigated ladang sendiri? Jadi macam mana nak 'ajar' dan 'ajak' masyarakat gunakan kaedah ni?
Kadang aku terfikir, tiap tahun lecturer ada target untuk publish research paper, which means, more post graduate students in the making. Tapi semua research tu sia sia kalau tak boleh apply dalam masyarakat. More and more researches were done each year, but for what? Its like you cutting all the trees just to make a research paper on how to save the trees. Sia-sia. You're just selfish.
Kalau aku suarakan pendapat ni. Nanti kena tempelak balik, 'that's why you are here, to make the changes.' Wei, you expect us, with no money and huge debt, to start using all high end techs and proved that that's what the university graduate is capable of? Bila mana, universiti yang dah berdiri kukuh lama pun tak boleh set up? What a joke. Bila dah berjaya, "Oh..itulah student kami dulu.." Funniehh. Wei, kerja tetap pun susah nak dapat. Nak kena buat loan sana sini untuk cari modal. Mula dari bawah, mula dari bawah..tapi yall sendiri sedap duduk atas. Dear universities, please walk the talk.
4 Virus
Universiti mengajar kita how we supposed to act but then fail miserably at practising them too; hence, a scam.
BalasPadamNice one!
They should at least provide us both theory and practical but failed. Takde budget katanya.
PadamI feel u , I pun rasa universiti adalah scam. Kadang rasa memang diorang tak sediakan flatform yang betul untuk kita :( .
BalasPadamya. education sekarang dah jadi salah satu business je sekarang..
Padam