Populasi meningkat. Bahan makanan tak mencukupi. Kemusnahan alam sekitar. Itu ramalan pakar statistik dan saintis dunia terhadap apa yang akan berlaku pada tahun 2050.
Populasi isi dunia sekarang: 7.7 Billion
Populasi pada 2050: dijangka 9.7 Billion (UN DESA, 2019)
Apa masalahnya? Tanam saja banyak pokok. Banyakkan pembangunan agrikultur. Tapi, tahukah anda, agrikultur lah masalahnya sekarang.
We call it-unsustainable agriculture. Atau, pertanian tidak lestari. Bila keuntungan lebih penting dari kualiti.
Ringkasnya, Malaysia sangat tertumpu kepada pertanian industri. Kelapa sawit, getah dan koko. Hanya 10% saja tanah yang digunakan untuk agromakanan (Prof Dr Fatimah, 2020). Kelapa sawit dikatakan boleh menjana peratusan oksigen lebih tinggi daripada hutan, tapi masalahnya kaedah pembukaan tanah untuk kawasan kelapa sawit itu sendiri membebaskan karbon dioksida (UCSUSA, 2013).
Tumbuhan memang perlukan karbon dioksida untuk hidup. Tapi, ini yang berlaku jika jumlah itu terlebih dari sepatutnya.
- Spikelet sterility in rice (bunga/tangkai padi mandul)
- Pengurangan kandungan protein dalam gandum (Soba et al., 2019)
- Deformation of tubers in potatoes (perubahan bentuk kentang)
- Loss of pollen viability in maize (Kegagalan pencambahan debunga jagung)
Apa persamaan semua tanaman yang disebut? Ya. mereka semua adalah makanan ruji di seluruh dunia.
Tapi, apabila ramalan sudah dibuat, sudah tentulah penyelesaian juga sedang dibina. Aku bagi 2 contoh terkini.
1) Penciptaan daging buatan manusia (cultured meat)
Ringkasnya, sampel stem cell diambil dari lembu sebenar (stem cell=sel yang belum ditentukan fungsi), di'hidupkan' di dalam culture plate, diberikan pelbagai hormon dan nutrient supaya ianya boleh tumbuh menjadi sel daging. Sumber lainnya juga dibuat daripada tumbuhan atau serangga.
2) Pertanian Urban
Aku paling sokong idea ni. Ini cara kita memanipulasi masalah pertambahan bilangan penduduk. More housing estate=more plant. Kekurangan tanah untuk pertanian juga dapat diatasi dengan pembinaan pertanian dalam bangunan. If you are archi student, this is your call. The future.
2050. Kalau umur aku panjang, aku baru 53 tahun. Tahun lepas, pengusaha ladang sawit datang ke uni aku. Bermati-matian promosi sawit sebagai aset negara. Nak cepat kaya, usahakan sawit. Tapi, tanpa dunia, apalah erti duit duit tu semua? Mampukah dunia pada tahun 2050 sama seperti sekarang? Apa yang kita wariskan pada generasi akan datang?