Bencana 2050
By Naja - 3:09 PTG
Populasi meningkat. Bahan makanan tak mencukupi. Kemusnahan alam sekitar. Itu ramalan pakar statistik dan saintis dunia terhadap apa yang akan berlaku pada tahun 2050.
Populasi isi dunia sekarang: 7.7 Billion
Populasi pada 2050: dijangka 9.7 Billion (UN DESA, 2019)
Apa masalahnya? Tanam saja banyak pokok. Banyakkan pembangunan agrikultur. Tapi, tahukah anda, agrikultur lah masalahnya sekarang.
We call it-unsustainable agriculture. Atau, pertanian tidak lestari. Bila keuntungan lebih penting dari kualiti.
Ringkasnya, Malaysia sangat tertumpu kepada pertanian industri. Kelapa sawit, getah dan koko. Hanya 10% saja tanah yang digunakan untuk agromakanan (Prof Dr Fatimah, 2020). Kelapa sawit dikatakan boleh menjana peratusan oksigen lebih tinggi daripada hutan, tapi masalahnya kaedah pembukaan tanah untuk kawasan kelapa sawit itu sendiri membebaskan karbon dioksida (UCSUSA, 2013).
Tumbuhan memang perlukan karbon dioksida untuk hidup. Tapi, ini yang berlaku jika jumlah itu terlebih dari sepatutnya.
- Spikelet sterility in rice (bunga/tangkai padi mandul)
- Pengurangan kandungan protein dalam gandum (Soba et al., 2019)
- Deformation of tubers in potatoes (perubahan bentuk kentang)
- Loss of pollen viability in maize (Kegagalan pencambahan debunga jagung)
Apa persamaan semua tanaman yang disebut? Ya. mereka semua adalah makanan ruji di seluruh dunia.
Tapi, apabila ramalan sudah dibuat, sudah tentulah penyelesaian juga sedang dibina. Aku bagi 2 contoh terkini.
1) Penciptaan daging buatan manusia (cultured meat)
Ringkasnya, sampel stem cell diambil dari lembu sebenar (stem cell=sel yang belum ditentukan fungsi), di'hidupkan' di dalam culture plate, diberikan pelbagai hormon dan nutrient supaya ianya boleh tumbuh menjadi sel daging. Sumber lainnya juga dibuat daripada tumbuhan atau serangga.
2) Pertanian Urban
Aku paling sokong idea ni. Ini cara kita memanipulasi masalah pertambahan bilangan penduduk. More housing estate=more plant. Kekurangan tanah untuk pertanian juga dapat diatasi dengan pembinaan pertanian dalam bangunan. If you are archi student, this is your call. The future.
2050. Kalau umur aku panjang, aku baru 53 tahun. Tahun lepas, pengusaha ladang sawit datang ke uni aku. Bermati-matian promosi sawit sebagai aset negara. Nak cepat kaya, usahakan sawit. Tapi, tanpa dunia, apalah erti duit duit tu semua? Mampukah dunia pada tahun 2050 sama seperti sekarang? Apa yang kita wariskan pada generasi akan datang?
10 Virus
Good entry.... Keep it up sis
BalasPadambetul tu,dengan keadaan kita macam sekarang ni,apa yang kita mampu buat kena banyak lah tanam pokok..ajak jiran jiran tetangga..
BalasPadamya betul tu
PadamI am always impress with those people yg bijak pandai. they can even predict what will happen 10 to 20 years ahead of us.
BalasPadamkann.. semua ni usahasama pakar-pakar yang lain bahagian.
Padamit makes us feel so small. How can they devote their life just for this.
PadamMenarik! dapat ilmu baru harini and i'm impressed with that green building. Sangat menarik binaan dia. Singgah sini and follow ya! :)
BalasPadamterima kasih! i'll follow you back
Padammenarik! sekarang bangunan hijau ni pun dah ada kat beberapa negara macam china contohnya. saya suka konsep ni
BalasPadambtw follow sini tauu
ya berharap malaysia akan ikut satu hari nanti. terima kasih will follow u back!
Padam