0

Kenapa UniSZA Tembila??

Disebabkan aku rasa blog yang up pasal tembila ni kurang dan atas saranan classmate 😌😌 so aku cerita pengalaman aku (yang setahun jagung) ni untuk rujukan adik-adik (err) yang bakal masuk sini haha.

Bersyukurlah ni cerita latest versi 2017 okayy.

Blok asrama ada 3(buat masa ni satu lot tanah yang luas sedang dlm pembinaan)
-Blok A(lelaki)
-Blok B&C (perempuan)

Bangunan Fakulti ada 2
-Blok D (Fakulti Internet Komputeran something like that haha)
-Blok F (Fakulti Biosumber Dan Industri Makanan-My fakulti bebeh)

Buat masa sekarang ni fakulti farmasi sedang menumpang fakulti kami (dan merampas student center,ya hmm)

Blok E pejabat Kolej Kediaman. Ya silakan pelik sebab blok E sebenarnya diletak bawah Blok A iaitu blok kolej kediaman lelaki. Selain pejabat kolej, bawah blok A jugak terletaknya Pusat Kesihatan,dan tempat ambik barang pos)

Kafe sini ada 8 semuanya termasuk 1 kafe air.Sebelah siswi dan siswa. Dan juga mini koop.

Untuk meng'compare'kan fakulti adalah tindakan yang tidak adil lagi berhemah sebenarnya sebab FIK ada student diploma dan FBIM cuma student degree dan master je. Jadi janganlah hairan kalau first time kelas tu lalu fakulti macam lalu dekat hospital bahagian ICU. Sunyi sesunyi embun pagi (kaitan???)

Dan sebenarnya fasiliti di FIK pun sangatlah berganda gandanya dari FBIM. Jangan bagi aku mulakan 😠😠

Apalagi ya? Oh ya ada padang,dewan serbaguna(utk main badminton),outdoor gymn,surau,masjid dan..  dan... itu sahaja. Haha

Dekat sini tak sama macam Kampus Gong Badak, bas disini sangat2 diperlukan sebab fakulti jauh jenak. Bas disediakan setiap sejam. 7.30pg smpai 5.30 ptg. 

Kalau nak compare kampus antara UniSZA lagilah sia sia sebab mostly bangunan disini semuanya dalam pembinaan lagi. Oh ya, bangunan library dijangka siap masa aku grad nanti. 2019. Hampir 2020 tapi library masih bukan dalam bentuk terapung hemm.

Nanti aku cerita pasal course yang ade dekat sini pulak. Kalau rajin la. Haha

Ya ada dua tasik juga. Tasik kumbahan dan tasik Itik.huhu

Anda seorang instafemes.inginkan photoshoot yang menarik?

Ni organisasi yang aku sdg masuk sekarang.Agribiosis namenye.
Motif gambar ni nak tunjuk Auditorium tu je. Huhu
Student biotech sedang belajar di lapangan.jyeah

Hujan Panas

Derap kaki yang semakin laju menghasilkan irama senada mengisi ruang udara lorong sempit itu. Ajla berhenti di simpang jalan,kepalanya tertunduk melihat converse biru lusuh yang dipakainya. Ikatan yang terurai diperkemas agar tidak kotor dijamah air kotor sisa sisa dereten kedai makan di situ.

“Sori Chad.” Nafasnya turun naik mencari ritma yang sepadan. Pintu kaca ditolaknya kasar lantas mengeluarkan irama yang sudah lali menyapu telinganya. Itu tempat dia mencari sesuap nasi tatkala orang lain cuma masuk ke situ hanya untuk mencari minuman ringan atau membeli majalah merepek yang terpamer di rak.

“Ha,cepatlah punch card. Aku dah lambat nak jumpa awek aku.” Lelaki yang dipanggil Chad itu merengus.
Matanya melirik ke jam di skrin monitor. 6 am. Untuk punyai jam tangan sendiri dia tidak mampu, sudahnya dia terpaksa meneka-neka waktu. Nasib dia bekerja shift pagi, selepas azan subuh berkumandang Ajla terus bergegas ke mari. Solat? Dia tidak tau. Abangnya tak pernah ajar.

Harini dia terlelap. Malang sekali rumahnya agak jauh. Terpaksa mengambil 25 minit jika berjalan kaki. Cuma kedai ini yang menerimanya bekerja sejak dia habis PMR. Sejak Abangnya…

Ding Ding Ding Ding. Pintu kaca ditolak dan semerbak itu juga haruman dari minyak wangi menerbak masuk ke lubang hidung Ajla. Berdetuk detak bunyi terhasil apabila hujung tumit stiletto merah perempuan itu mencium lantai.

Ajla tidak sedar berapa lama dia memerhatikan perempuan itu sehinggalah dia sendiri tercatuk di kaunter berhadapan dengannya. Beberapa bungkus biskut rendah lemak, sebungkus tuala wanita dan satu cup slurpee bersaiz sederhana dilambakkan di atas kaunter. Ajla menekan nekan kekunci komputer disusuli beberapa siri nombor ditayangkan di skrin kurang dari sesaat selepas itu.

Perempuan itu sedang bercakap cakap di i-phone nya ketika Ajla ingin menyatakan jumlah bayaran. Dia tidak tahu telefon pintar itu siri ke berapa namun dia tidaklah begitu bodoh meneka berapa banyak wang dilaburkan untuk gajet dengan lambang epal separuh lompong itu. Walaupun Ajla tidak mempunyai telefon pintar, Chad selalu juga berbahas dengan rakan sekerja yang lain. Tentang bagaimana siri terbaru menjanjikan aplikasi yang lebih canggih dari model sebelumnya. Atau tentang betapa kolotnya orang-orang yang masih tidak tahu menggunakan telefon pintar. Dia tahu semua itu akan berakhir dengan ejekan dari rakan sekerja yang lain. Namun dia tidak peduli semua itu. Apa gunanya semua aplikasi sosial itu jika mereka berhempas pulas bekerja dan meninggalkan keluarga hanya untuk membeli sebiji mesin sebesar tapak tangan-untuk berinteraksi dengan keluarga. Bodoh.

Pandangannya terjatuh pula pada bahagian dada perempuan itu.Ada satu tompokan besar berwarna jingga pada bahagian itu. Ajla serba salah-hendak menegur perempuan itu tidak sudah sudah bercakap dengan telefonnya. Kalau dibiarkan pasti perempuan itu berasa malu dengan kesan tompokan itu. Kelakar, warna orennya menyerlah dengan bentuk seperti bulan sabit melengkung betul betul mengikut saiz dadanya. Ajla pantas mengambil tisu untuk ditekap pada kawasan tersebut.-Hanya untuk melihat dirinya sendiri dilempang oleh perempuan itu.

“DASAR PENGKID GILA! KAU NAK RABA AKU KE HAH?” bergema seluruh kedai itu dengan suara lantang perempuan tersebut. “MANA MANAGER KAU?!”

Perit berbahang kini kian terasa menjalar pada separuh mukanya. Ajla melekapkan tangannya di pipi sambil matanya melihat perempuan itu melilau ke sana ke mari mencari Cik Goh-Manager premis itu. “Manager tak…” belum sempat Ajla menghabiskan ayatnya,kedengaran pintu kaca ditolak dengan kasar.Pelakunya seperti dalam keadaan yang tergesa gesa.

“BIY… Look,this pengkid touch me” rengek perempuan itu menggesel geselkan bahagian atas badannya kearah tangan kekar milik lelaki tulennya itu. Ajla berdecit melihatkan situasi tersebut. Tiba-tiba kolar seragam merahnya ditarik lelaki tersebut. Tidak cukup dengan itu,satu tumbukan singgah di pipi yang tadinya telah ditampar. Bertambah perit rasanya.
“Aku..paling pantang dengan spesies macam kau tahu! Takde agama!” suara lelaki itu lebih kuat sehingga orang yang lalu lalang diluar turut terjenguk jenguk.Cuma itu ajelah yang mereka mampu buat,melihat. Oh ya,ade juga yang merakam.

Ajla tidak mampu melawan sekaligus mempertahankan haknya. Dia terduduk di depan kaunter,membaiki kolar baju yang sudah tertetas jahitannya. Ketika itu baru dia tersedar kasut converse biru lusuh itu sudah tercabut dari kaki kanannya-tercampak betul betul di tepi kaki lelaki itu.
“Kau nak kasut ni?!! Ambik!!” ujar lelaki itu sambil mencampakkan kasut itu keluar dari pintu kaca yang terpelahang bukaan nya sedari kehadirannya tadi. Matanya membulat. Ajla bergegas berlari keluar apabila kasut itu telah pun menjejak jalan tar yang basah. Baru tersedar hujan telah turun sejak tadi,menghasilkan wap yang berbau seperti besi karat.

Pasangan itu telah pun berlalu keluar setelah memberikan Ajla pandangan yang sangat jijik dengan manusia sepertinya.
Ajla membersihkan sisa sisa batu tar yang melekat pada kasut itu dengan hujung seragamnya. Sudah 3 tahun berlalu sejak kasut itu bertukar hak milik.Ajla tidak tidak tahu kenapa dia dilayan sebegitu rupa. Sebab rambutnya berpotongan pendek seperti lelaki? Atau sebab dia miskin dan yatim piatu? Mungkin kedua duanya,dia tidak perrnah tahu. Tiada siapa yang sudi memberitahunya. Tiada siapa lagi yang meberitahu apa dia tersilap atau memuji ketika dia betul. Tiada siapa selain Abang.

Tapi tiada siapa tahu betapa Ajla hilang punca setelah kehilangan Abang. Jika rambutnya makin panjang,dia tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan potongan yang sesuai. Mujur saja si pemotong rambut itu kenalan Abang. Dia cuma perlu meminta, “Macam abang.”

Ah.Abang. Dah 3 tahun itu juga dia dah pergi. Belum pun Ajla sempat duduki PMR Abang kemalangan di tempat kerja. Terjatuh dari tingkat lapan bangunan pejabat yang hampir siap. Ketika remaja sebaya Ajla sanggup membunuh diri kerana keputusan SPM yang teruk, Ajla telah pun bekerja. Ketika mereka pening kepala memilih haluan matrik atau diploma, Ajla masih bekerja di tempat yang sama.Satu sen pun tidak disimpan oleh abangnya-melainkan kasut buruk saiz lelaki dewasa itu.

Dia tak faham dengan manusia di sekilingnya.Mahu jadi baik-tapi dengan menyumpah seranah perkara yang buruk.Mahu masuk syurga tapi masih buat dosa.Ajla tahu mereka semua sama sahaja sepertinya-hilang arah.

Hujan yang tadi renyai mulai lebat. Terkocoh kocoh Ajla berlari ke depan kedai. Dia tidak berani masuk dengan pakaiannya yang basah-sebaliknya duduk di bahagian yang tinggi sedikit dari lantai,bersandar pada pintu kaca. Ajla tersedar yang hari cerah walaupun hujan agak lebat. Matahari tetap bersinar di ufuk sana. “Hujan panas-taktau nak bagi panas ke.. sejuk.”Ajla bercakap sendiri.

5

Basikal Tua

Pandangannya dilempar rawak,
Arca disisi tersemat kukuh,
Dalam genggaman,
Cuma itu yang tinggal,
Terbenam bersama memori setua usianya,

Tompok-tompok merah mula mewarnai dada langit,
Deruan enjin-enjin moden memenuhi angkasaraya,
Dia mahu pulang,
Pulang ke masa dia mendabik dada,
Tika dia punyai arca itu,

Kayuhannya semakin perlahan,
Kini cuma tinggal dia, dan basikal tua,
Hanyut bersama memori lama.
0

Cerita lawak ramadhan pertama

Dah seminggu puasa baru keluaq ceqita ramadhan pertama baq hang..

Cerita takde lah taraf lawak antarabangsa tapi bagi aku yang mudah terhibur ni,agak lawak lah.

Dlm hujung bulan lepas,aku mintak kerja dekat satu pasaraya kecik ni...maklong lah (bukan typo),duduk dekat bandar kecik ja.pasaraya ni takdak pekerja lelaki..which is nice,tapi semua kerja lelaki org mcm aku yg tough ni lah yg kena buat.angkat karpet dan angkat pintu kedai.pagi2 dah bina muscle haa.tapi tu bukan lawak dia..

Tetiba,di suatu pagi yg indah..sehari sebelum ramadhan..satu arahan dikeluarkan..lebih kurang macam ni lah,

"Bulan puasa ni,HQ suruh pakai lipstik.maklumlah..taknak lah nampak pucat kan.takpe,lipbalm pun okay"

Aku tercengang.masa awal2 mintak kerja tak bagi tahu hal ni.aku pun ligat pikir,takpe lipbalm pun okay dia kata.tapi yg kata tu bukan bos,dia punya assistant.

Nak dipendekkan cerita,esok manager ada pagi2.semua akak2 senior tampil dengan lipstik semerah naga tasik chini.aku gigit bibir dengan motif nmpak lah merah sikit.😒😒dungu.tetap kena marah.

Aku pun apa lagi.defend lah diri sndiri.. "Kata semalam boleh pakai lipbalm?" dan sekali lagi ditempik, "taknak!nak merah!" .dan haritu baru aku faham,arahan assistant tak sama dengan arahan manager.lutut dia😤

Aku nak nagis sebenarnya kena marah depan orang disebabkan lipstik je,tapi aku tahan je lah..benda simple watlek watpis lah kan.tapi bukan setakat kena marah wa cakap lu.kena paksa tenyeh lipstik haa..3x pulak tuhh..adess.pakai sekali..sapu.kena marah.dua kali.sapu sikit.kena lagi.katanya tak nampak.apa kau nak tunjuk dekat orang? Orang nak beli barang,bukan nak tengok bibir ko merah ke tak.aduihh masyarakat...

Sepanjang pagi tu aku senyap je.malas nak bukak mulut.malu tuhan je yang tau.tak pernah sepanjang hayat aku pakai lipstik setebal tu.aku tunggu zohor dengan penuh sabar.azan je,aku terus pergi toilet,cuci lipstik.lepas ni nak marah..marah lah.kau tak solat boleh lah.hmphh.

Manager balik petang tu.sebelum tu,aku duduk dekat rak belakang-belakang taknak bagi nampak muka aku.lepas tu maghrib.bukak puasa hari pertama ramadhan.ok,sekarang ni part lawak dia..

Ada dua tikar plastik yang diorang reject sebab ade kartun babi atas dia.tapi sebab kitorang bukak puasa ramai2 depan kedai(sbb kedai still bukak waktu maghrib) so,takde benda nak alas selain tikar tu.yang menggelikan hati aku,diorang macam hesistate lah nak duduk bukak puasa atas tu,because of that babi.siap tanya lagi.."korang tak kisah kan? Kang nak solat maghrib?"

Hah? Kena samak ke kalau duduk atas babi plastik? Kau orang couple,make up beriya,tak tutup aurat tu takde sape rasa hesistate,malu,takut..takde sape tanya korang okay ke? Okay ke langgar perintah tuhan? Tapi tanya boleh ke solat maghrib kalau duduk atas babi tu?

😂Aku terhibur,sesungguhnya.dan itu hari terakhir aku kerja dekat situ.Aku harap tuhan bukak pintu hati diorang dan kau orang yang baca ni.wallahualam.Assalammualaikum.Salam ramadhan.

3

Iniblogke Preloved Novel Giveaway

                                      http://iniblogke.blogspot.my/2016/05/iniblogke-preloved-novel-giveaway.html?m=1

Haa.bukan senang orang nak bagi free je buku fixi.kawasan aku ni susah naw jumpa buku ni.ketagihan melampau untuk penuhkan rak dengan fixi.huhu.nasib ada hamba Allah yang pemurah ni.dan giveaway ni tak payah follow ig sesapa.YEAY!! 

Sarcasm


Lepas satu-satu budaya barat yang diamalkan di malaysia.persoalannya,perlu atau tidak?bagus atau jelek? Benar atau salah?


Ok tak mukadimah cenggitu.kahkah


Jadi mesti korang fikir aku menentang budaya sarcasm ni kan? Hell no! I love it! -contoh sarcasm.πŸ˜‚πŸ˜‚


Aku taktau kalau aku boleh panggil sarcasm ni satu budaya.tapi,yang jelasnya rakyat malaysia masih tak familiar lah dengan budaya ni.rakyat malaysia ni macam kapas-lembut dan jujur orangnya(analogi yg jelas tak sesuai).macam kebanyakan ahli politik-contoh sarcasm.lagi.

Jadi apa point aku dekat sini? Suka ke tak benda ni dipraktikkan di malaysia?

Suka.dan tak.

Aku ni bukan lah seorang penasihat.tapi cuma pemberi nasihat yang dhaif dan kudus.πŸ˜…aku tahu kita seronok being sarcastic with malaysia people.sebab diorang senang percaya.cakap macam-macam,dosa ke pahala dilanggar.bila orang lain tegur katalah dia ni bodoh-tak faham aku buat lawak je.seronok kan?bila cuma kita yang faham.kita rasa kita pandai.kita rasa kita setaraf dengan masyarakat luar negara.

Nak tanya apa yang kita dapat? Aku betul tak kisah kalau lawak tu simple simple-tak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.sebab rakyat malaysia ni sensitif orangnya kalau kau tak suka,boleh pergi US sana.dekat sana lawan lah sarcasm engkorang tu.baru buku bertemu ruas.

We gained nothing from being sarcastic.except,their hatred.kenapa berusaha nak cari musuh ramai-ramai?musuh tu takyah nak cari-memang ada.yang kena cari tu kawan.kawan ni susah cari.

Kalau korang ada twitter,mesti kenal @fifirimau . ratu sarcasm.aku suka dia ni.tapi ramai yang tak suka dia-sebab suka kacau budak kpop,belieber dan bangsa johor.hahahaha.masyarakat yang senang rabak.aku ade jugak follow lelaki ni,seorang anti-femimist.aku pernah buat entry pasal feminist ni-yg aku lebih suka panggil feminazi.

Dua dua ni suka ulas isu berat.isu yang boleh buat gaduh lah katakan.aku tak sokong mana mana pihak.aku sentiasa neutral.ph7 katekan.haha.

Cuma nak korang bayangkan-apa yang akan jadi bila rakyat malaysia dah sinonim dengan budaya ni.seperti mana budaya hipster dah menerjah masuk di jiwa anak muda.kalaulah budaya sarcasm ni dah sebati.tak ke payah dah nak tau apa yang betul apa yang salah? Semua orang cakap benda yang sebaliknya.susah kan hidup?

3

Ada Apa Dengan Tembikai - Filem baru adaptasi novel



Tahukah anda tembikai lebih manis pada musim panas dan lebih tawar pada musim hujan?


dah kenapa cerita pasal tembikai pulak ni.*poker face.sekarang kan musim jerebu.okay macam tak masuk je.

ehem.

aku nak share fakta lelebih kang korang bosan pulak kan .so meh aku simplify/summarize.

senang cerita korang(for those yang tak ambil sains) mesti tau pasal fotosintesis masa darjah tiga kan.now here is the fact,tembikai memerlukan suhu 25 – 35ΒΊC pada waktu siang dan 18 - 22ΒΊC pada waktu malam untuk pertumbuhan yang baik-tak,aku tak cakap tembikai tu jahat pun.

so,dengan suhu yang panas cenggitu senang lah dia berfotosintesis(yakni membuat makanan untuk dirinya sendiri), dan menghasilkan rasa yang lebih manis berbanding waktu hujan.dan lagipun,tembikai ni asal nenek moyang dia dari selatan afrika,so sebab tu dia tak boleh ditanam di kawasan tanah tinggi.

apa faedahnya post pasal tembikai ni dekat korang?

well,at least korang tahu kenapa tembikai yang korang beli tak manis.nanti beli tembikai mesti teringat aku-k perasan.

dan kalau korang nak tahu,tembikai sekarang kan dah takde biji?tahu tak?tahu tak? itu tembikai kacuk sebenarnya-kacukan taiwan dan jepun.tembikai kpop takde.hemm.

then,kalau beli dekat supermarket kan.tengok label-nama tembikai tu.Jabatan Pertanian syorkan tembikai New Dragon,Super Dragon dan Flower Dragon sebab tembikai jenis ni lebih manis dan takde biji punya-cayalah-adoi.sebab tumbuhan ni hybrid F1 dari Jepun dan Taiwan kan so diorang cuma pilih characteristic yang perlu sahaja.

hah jadah apa pulak hybrid F1 tu-dia macam anak pertama lah.haha

Khasiat tembikai?Jangan korang main belasah makan tembikai sebab musim panas je.Well,tembikai ni

  • 90% terdiri daripada air
  • mengandungi vitamin c,fosforus,kalsium,natrium,kalium(garam dan gula) yang tinggi-baik untuk merawat masalah ginjal dan salur kencing.
fakta terakhir-tembikai isi kuning dan tembikai susu bukanlah benda yang sama.mungkin saudara-bau bau bacang.saudara yang jenis setahun sekali je balik kampung.tu pun hari raya-minggu kedua.

Yellow Baby ni tembikai isi kuning-kulit belang hijau tua dan hijau muda.ni jenis anak-anak tembikai merah.

Tembikai wangi atau yang kita panggil Honey Dew tu macam nama mak dia lah.anak-anak dia nama Jade Dew,New Century,Sun Lady,Sky Rocket.kulit ada yang warna kelabu atau hijau.

dan semestinya wintermelon bukanlah sejenis mereka ni.tak setaraf bak kata drama melayu mainstream abad ini.wintermelon adalah sejenis timun ya.yang yeo's ada jual air kotak yang cuma orang-orang special je kata sedap-dan semestinya aku tak tergolong dalam kalangan mereka.
credit
gambar seharusnya ala-ala hipstur gitu
0

Why Muslim Can't Be An Extreme Animal Activist


" I just have a sahur (meals to be taken before fasting) earlier. There's nothing in the fridge except eggs and chicken meat from last night's dinner.Oh My Allah,I just eat things that have a life before.The eggs were once a chick that never had a chance to grow up.And the chicken meat probably it's mother!"


tak salah defend for animal rights.memang manusia tak layak digelar manusia kalau mereka takde belas kasihan langsung pada haiwan,sebab haiwan pun berhak hidup di atas muka bumi ni.Things like fur atas nama fesyen ni sangat tak berperikemanusiaan lah bagi aku.

Kita hidup dah zaman moden,banyak lagi bahan lain yang boleh kita guna to cover our self from the cold kan.kalau kilang tu cukur bulu tu elok-elok takpe,inikan..ya rabbi kejam sungguh.

But,is it really necessary to make an extreme protest like the first picture?Those who claimed themselves a vegetarian just because the animals were once had a life like us? What about the greens itselves?Didn't they had a life before? This happens when people think everything with their logical views.

Fyi,in islam,we respect the animals even before we take their life.We do have hukum (guideline)  for it.For instance,
  • Use only a sharp tools (to minimize the pain,briefly)
  • Don't slaughtered an animal in front of other animals.
  • Do it on a soft ground
  • Not to take the pregnant mother
and etc.i just stressed out the guidelines that are relevant with this issues.See?Islam is a perfect lifestyle,but Muslims are not-because we sure always get outside the lines,not following the path.We are humans,we made mistake.

random meme.no offence i just find it hilarious-the never ending fights between the atheist and the theist.



3

Yang Sebenarnya.sincerely,Hantu.

Kajol segera menutup aplikasi whatsapp di telefon pintarnya. "Siot lah Shah ni.Time aku nak tido lah main share citer hantu,Hish"dia mendengus.Kajol menjeling lagi ke atas almari pakaiannya.Masuk kali ni sudah 4 kali dia melihat-lihat ke arah yang sama,ini semua disebabkan cerita hantu almari dari Shah,classmatenya.

"Ape yang ditengoknye te ? Dari tadi duk terjenguk-jenguk.Heran teman."ujar Hantu_A.Beliau pun ikut sama melihat ke atas almari.

"Entoh le.Dia ingat zaman ancestor kita ke main duk ataih gobok te.People change,you know."balas Hantu_B sambil melibas-libas rambutnya yang ikal mayang.

"Tapi kite hantu."Hantu_A mepersoalkan keadaan.

"Whatever.Dah lah,moh le kite tido.Esok nak join budok ni nengok DOTS."Hantu_B bersuara ceria.

Beliau kemudiannya memanjat ke kepala katil,tempat tidur mereka.




0

Zodiak.Benar atau Kebetulan?

amboi tajuk skema nak meninggal.

aku follow up jugak kenkadang but just for fun.kadang kena kadang tak kena.kadang angin gak for those yang asyik komen tak betul lah apa.bagi aku,kau belum cukup kenal diri sendiri kalau cakap benda tu tak betul.

tapi tu dulu.



lepas beberapa ketika (tak tau lah tu berapa kan) aku rasa semua benda ni mengarut.haha.aku follow cancer zodiac dekat twitter,dan bagi aku,kalau kena,orang akan retweet,kalau tak let it go lah kan.aku perhati dia pun main taram jugak tweetnya.

dan ianya juga haram untuk dipercayai bulat-bulat okay?contohnya kalau dia kata,harini kalau anda keluar rumah,rumah anda akan terbakar dan anda akan ditimpa malang selama tujuh keturunan.apa kau fikir kau mahsuri?


Back to Top