Translate

Sepi seorang perempuan

By Naja - 9:17 PTG

Dia memutarkan lagu itu untuk keseratus kalinya. Lagu itu keluar pada tahun 2009 namun baru hari ini diketahuinya. Itupun selepas pencarian rawaknya di youtube tiga hari lepas.

Punat 'pause' ditekan. Telinganya mulai muak dengan suara perempuan menjerit dari dalam 'earphone-nya'. Langit yang tadinya merah menyala mulai kelam,sekelam hatinya sekarang. Kosong seperti selalu. Berakhir satu lagi obsesi yang dicipta hanya untuk menenggelamkan sepi yang tersisa. Dia perlu mencipta obsesi seterusnya.

Pintu dikuak dari luar. Kuat telinganya menjamah bunyi berdentang dentung antara kelengkapan mandi 'roomate'-nya itu. Bingit. Tapi,tak terendah. Tak terluah. Masing masing sudah besar berakal, tak perlu ditegur untuk hal remeh seperti itu. Itu yang dirasanya,sejak matrikulasi,sejak sekolah berasrama penuh,sejak kecil.

Ramai yang menyangkal dia tak punya perasaan. Kebal isinya. Tapi cuma dia saja yang tahu. Cuma dia saja yang mencarut dalam hati. Dan ya,tuhan juga tahu. Dia kadang lupa akan hal itu.

Lagi seminggu sem dua akan berakhir. Itu bererti lagi seminggu juga hidupnya di asrama ini akan berakhir. Dia tidak lagi mendapat kemudahan tinggal di asrama. Markah merit yang kurang,agaknya. Tak pernah kisah. Cuma rakan sekeliling yang kisah. Yang sedih. Yang kesian.

'Earphone' buruk itu disumbat ke dalam lubang telinganya. Lagu tak dipasang. Nota di hadapannya cuma menjadi penyeri meja. Hanya jasadnya yang tinggal di kerusi melengkung dan tak pernah selesa itu.

Dia cuma tersedar ketika bahunya disentuh.'Earphone' di telinga kanannya dicabut. 'Roomate'-nya bertanya sesuatu yang aneh. Oh. Dua minit setengah dibazirkan untuk meneliti sisa sisa soalan yang sempat menjamah telinganya. Jawapan kepada soalan itu ada ditangannya. Dia belum menyelak nota bahagian itu. "Tak tahu.Tak baca lagi." Ujarnya seraya senyum sekadar mampu.

Begitulah hidup seorang perempuan itu. Dan ya,perempuan itu aku.

Semangat pada awalnya, bosan seawal tiga hari selepasnya. Bosan dengan diri sendiri,dengan sekeliling. Pernah juga dia terfikir, apa perlu nanti dia berkahwin? Lepas tiga minggu mula bosan dengan 'partner'. Lepas tu apa? Kalau 'roomate' setiap sem akan ditukar. Kalau 'partner'? Akan bercerai? Dan berkahwin semula? ah. Apa dikisahkan? Bukan itu trend sekarang?

  • Share:

You Might Also Like

0 Virus