The Principle of Respecting Dislikes (and likes)

By Naja - 3:07 PTG

So semalam aku tengok reality show Master of The House episode 50 dan aku tertarik dengan satu prinsip tahun baru untuk rakyat di sana. The principle of respecting dislikes. Ataupun dalam bahasa melayunya, hormati benda yang dibenci (ataupun disukai) oleh individu.


Nampak mudah kan. Tapi ramai yang tak buat. Contoh yang ketara dalam muzik. Peminat muzik kpop paling teruk kena kecam sekarang. Well, aku pun tak suka sikap dorang yang over fanatik, tapi aku sedar kita tak boleh ubah minat seseorang. Let them be. Tak semestinya minat western music tu cool. Kalau yang islam tu cubalah control sikit fanatik tu.

 Itu kalau melibatkan minat seseorang. Pun dah susah kita nak kompromi, apa lagi nak bertoleransi dengan benda yang orang tak suka? Contohnya yang aku boleh bagi dari persekitaran aku, toleransi sebagai roomate/housemate. Walau apa pun yang kita nak buat, jangan lupa bukan kita je yang hidup dalam dunia ni. Tuhan tu jadikan manusia ni macam-macam perangai. Bila cerita pasal ni, kita mesti sentuh isu common sense. Pasang lampu study masa kawan tidur, bukak loudspeaker handphone, nyanyi kuat-kuat, kebersihan bilik, sidai baju dalam bilik. Semua tu melibatkan keselesaan orang.

Tapi jangan lupa, ada benda yang kita boleh bertoleransi, ada yang tak. Bagi aku lah, kalau benda tu melibatkan benda yang kita suka, tapi orang lain tak suka. Jadi kita tak perlu tukar minat kita semata-mata nak fit in with the society. Contohnya orang tak suka cara aku buat kerja group awal-awal, dorang rasa pressured. Jadi perlu ke aku buat kerja lambat semata-mata taknak bagi orang rasa pressured? Tak perlu. Kau tak suka tak apa, aku dengan cara aku, kau dengan cara kau. Kalau nak ubah diri sendiri semata mata nak bagi orang suka kita, sampai mati pun takkan habis. Lama-lama kita pun tak kenal diri sendiri.

Satu lagi benda yang aku belajar baru-baru ni. Kita tak boleh paksa orang untuk suka semua perangai kita. Kita manusia, kita takkan sama sampai bila bila. Akan ada satu dua benda yang orang tak suka pasal kita. Tapi layak ke kita nak marah dengan orang tu? Tak. Ingat je satu benda ni, kita layak untuk tak suka perangai orang dan orang lain layak untuk tak suka perangai kita. Hormat yang tu, dan bahagialah hidup.

Jangan bermasam muka pulak. Kalau tak suka, just stay away. Tetap berkawan dengan semua orang. Aku harap 2019 ni ramai manusia belajar sikap toleransi ni. SELAMAT TAHUN BARU.

  • Share:

You Might Also Like

4 Virus

  1. totally agree dengan minat tu but about work and group assignments, I quite disagree especially when we do have lots of work coming forward sooner. It's quite easier to revise the work if we do it earlier. haha just imo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya saya memang jenis buat kerja awal. Tapi susah nak ajak orang buat kerja awal. Malas nak bergaduh. Tapi kalau group work memang kena pressured lah jugak. Suka tak suka lantak lah

      Padam
  2. betul tu.. kalau x suka pun kita mesti hormati... follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    BalasPadam
  3. well write. mostly i'm agree. we're all different. even if we can't understand each other, at least we have to respect each other.

    BalasPadam