Translate

Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (TPJPSHAS), Kuantan.

By Naja - 5:39 PTG


Entri kali ni khas untuk pelajar yang sedang mencari maklumat berkenaan taman ni. Sebab masa aku nak apply li dekat sini, yang keluar semua maklumat lama kan? So here i am, thank me later okay :P

Maklumat asas

Alamat: Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

No tel: 609-5732194

No fax: *Sehingga 2019, taman ini tiada fax machine, harap maklum*

Proses memohon latihan industri/praktikal di TPJPSHAS

1. Telefon hq Jab Pertanian Pahang (095733133), tanyakan kekosongan, maklumat yang diperlukan berhubung dengan skop pekerjaan dan sbgnya. Jangan risau, sehingga 2019, operator yang melayan sangat lemah lembut dan membantu.

*Maklumat tambahan: Sehingga 2019, aku dimaklumkan bahawa ada lima cawangan/lokasi yang boleh ditempatkan pelajar praktikal di Kuantan.

   (1) Pejabat Pertanian Daerah Kuantan
   (2) Pusat Pertanian Bukit Goh (skop lebih kepada cantuman pokok)
   (3) Pusat Latihan Pegawai Pertanian Inderapura (skop fertigasi)
   (4) Pusat Pertanian Bukit Ubi
   (5) Taman Pertanian JPSHAS (most likely, you will end up here, trust me)

2. Hantarkan segala surat menyurat dan resume ke alamat hq Jab Pertanian Indera Mahkota, atau boleh email (jika dibenarkan), sebab hq sahaja yang menentukan lokasi praktikal. Kalau call cawangan pun, operator/kerani akan suruh buat benda yang sama.

3. Follow up either by email or calling. Penting untuk tentukan sama ada berjaya ditempatkan atau tidak. Kalau tak berjaya, jimat masa, boleh mohon tempat lain.

Okay, seterusnya, lebih info berkenaan TPSHAS. Pertama sekali, untuk makluman, taman ni masih bawah jabatan pertanian pahang, tetapi dikawal selia di bawah kepimpinan istana pahang. Jadi, banyak hal telah berubah. Kalau korang google tempat ni, selalu gambar yang muncul mesti kawasan kem kan? Dukacita dimaklumkan, kem tersebut telah diberikan hak kepada kontraktor luar. Jadi segala urusan berkenaan kem tersebut kena berhubung dengan kontraktor yang berhak. Disebabkan kem tu masih dalam kawasan taman, staff taman masih membantu segala pertanyaan berkenaan kem tersebut. Kalau nak tanya nombor kontraktor pun boleh. Seterusnya, gerai-gerai di pintu masuk pun segala dukacitanya dimaklumkan tiada lagi mempunyai kelulusan untuk berniaga. Sebab: ada penduduk setempt mengadu gerai tu buat sesak highway. Okay then. Tapi setiap rabu (atau khamis rasanya) masih ada lot gerai yang dibuka DI DALAM kawasan taman. Segala pertanyaan, boleh berhubung dengan guard. Untuk lawatan pula, boleh buat tempahan awal dengan menghubungi/melalui surat beralamatkan TPSHAS. Kawasan lawatan meliputi ladang,hutan simpan, nurseri-nurseri dan garden-garden. Jangan risau, akan ada trem yang bawak korang.

Tempat ni seluas lebih kurang 200 atau 300 lebih hektar (maaf tak ingat),termasuk hutan simpan, dengan seramai 25 orang staff sahaja termasuk pengurus taman. Unit dipecahkan kepada empat, (1) Herba & Landskap, (2) Permikultur, (3) Jentera, dan (4) Pengurusan Ladang.

Kalau diikutkan, sepatutnya pelajar akan ditempatkan di bawah setiap unit, untuk pengalaman. Tapi, hal ini bergantung kepada pengurusan semasa. Jadi sedikit info berkenaan setiap unit,

Unit Herba & Landskap: Unit yang staffnya paling aktif keluar kawasan untuk beli benih/anak pokok herba/bunga baru. Ada nurseri masing masing. So basically, kalau ditempatkan bawah unit ni, banyak uruskan anak pokok baru seperti buat medium semaian, pindah pasu, tanam keratan, cantum dan design landskap. Unit landskap ni unit yang satu satunya wujud bawah jabatan pertanian pahang, jadi semua event di bawah jabatan ni, unit ni yang akan digerakkan. Juga, unit herba satu-satunya unit yang menjual anak pokok di sini. Jangan harap nak beli anak pokok buah atau bunga pulak ya.

Unit Permikultur: Permikultur ni secara ringkasnya sistem penanaman yang mengikut hukum alam. Memandangkan taman ni terletak di kawan hutan simpan, jadi sistem penanaman condong ke arah kelestarian dan keseimbangan ekosistem semula jadi. Contohnya, cara susunan pokok buah/sayur kena ikut ketinggian sama macam level hutan. Cara design dia pun membolehkan air hujan turun secara semula jadi, so dekat sini takde tanaman gantung dan fertigasi ya. Unit ni paling bebas, nak tanam apa pun tanamlah. Hasil pun boleh bawa balik. Ada 4 kawasan di bawah tanggungjawab unit ni, (1) Kitchen Garden, (2) Market Garden, (3)Food Forest, (4) Kompos. Selain belajar tanam pokok, korang juga akan belajar buat kompos dan plant booster yang baunya amat dasyat.

Unit Jentera dan Pengurusan Ladang: Sehingga 2019, kedua dua unit ni dikelola oleh pegawai yang sama. Jadi, aku cerita sekali gus jelah. Ladang yang dimaksudkan di sini, ladang buah-buahan. Sehingga 2019, buah yang ada dekat taman ni, rambutan, mesta, kelapa, durian, dokong, belimbing madu, dan jambu air. Buluh pun ada. Jadi, bawah unit ni korang boleh belajar cara spray plant booster, membaja, petik buah, jual buah, tanam buah pokok baru(kalau berkesempatan), dan maintenance ladang yang lain-lain. Ladang dan semua tanaman di sini 100% pakai plant booster dan baja organik ya.

Sepanjang 6 bulan aku praktikal dekat sini, banyak yang aku nak kongsikan tapi bimbang terlebih cerita. Jadi, apa-apa pertanyaan boleh berhubung terus dengan taman sendiri, atau email ke aku, najihahhamzah007@gmail.com atau kita borak-borak dekat twitter @MijiWay. Disebabkan aku kos biotek pertanian, jadi projek aku dekat sini atas permintaan aku sendiri, iaitu The Effects of Marigold on Repelling Pest of Cucumber. Untuk baca full report, boleh minta pada aku, sebab it contains 54 pages and ada beberapa maklumat sulit yang aku tak boleh share secara public. Melainkan, anda sudah ditempatkan praktikal di sini, sudah mendapat kebenaran, atau berminat dengan report untuk mini projek itu sahaja aku akan bagi access ke google document aku.

*sehingga 2019=info di entri ni sah benar sehingga akhir tahun ini sahaja. mungkin berlaku pertukaran dari semasa  ke semasa*

Bawah ni aku sertakan gambar-gambar sepanjang aku praktikal di sana.

antara buah-buah di kitchen garden (Roselle, Mulberry, Limau Kasturi)

my mini project di kitchen garden

lawatan oleh murid-murid tadika


nurseri bunga (maaf gelap sebab salah setting tak perasan)

market garden yang dihuni oleh itik penelur, itik pedaging, angsa, ayam, dan lebah kelulut (akan datang)

nurseri herba (misai kucing, bangun bangun, peria laut, cermai, lada hitam, temulawak, kaduk dan banyak lagi ditanam untu dijual di sini dengan harga rm4-rm5 sepokok, sehingga 2019)

yang ada sekarang yang no 5 tu je ok. rm4-rm5 sepokok tak kira jenis apa.




ni kawasan flying fox di kem (bukan bawah kuasa taman lagi ya)


kawasan kompos


  




Rumah Pameran Tradisional Pahang

Taman Ulam

kawasan dalam dewan palma (tidak lagi dibuka untuk sewaan orang luar)

di sini juga menjual Azolla rm30/kg (harga pasaran rm50/kg). Azolla merupakan tumbuhan akuatik yang mudah hidup dan cepat membiak. Berfungsi sebagai makanan alternatif/tambahan bagi haiwan ternakan seperti kambing, lembu, itik, dan sbgnya. Tinggi dengan protein.

  • Share:

You Might Also Like

0 Virus