Adult 101
Seronok ke jadi penuntut universiti ni? Seronok ke.. jadi dewasa?
Dulu,
masa dekat sekolah, cikgu, mak bapak, makcik pakcik, semua pandang rendah kalau kita tak dapat sambung belajar di universiti awam. Bila dah sambung universiti awam, orang akan pertikaikan pulak kenapa kita pinjam ptptn? suka ke hidup meminjam?
Dulu,
masa sekolah, kita distresskan dengan silibus 8 subjek dipadatkan dalam masa dua tahun. Kita nak semua tu habis cepat-cepat. Supaya kita dapat belajar subjek yang kita nak. Yang kita minat. Sekarang, kita hanyut dalam gunungan assignment. Kita mengeluh. Kita lupa, kita pernah ada cita-cita.
Dulu,
masa sekolah, selalu bergaduh pasal benda remeh temeh dengan kawan. Kita bermasam muka-tapi esok masih berjumpa,main sama sama. Apa jadi bila dah dewasa? Jatuh, bangun, penat, lelah, siapa peduli? Masing masing sibuk untuk terus hidup. Tak sempat nak bermusuh bila musuh adalah diri sendiri.
Dulu,
Itu semua cerita dulu. Dulu-dulu dah habis. Selamat pergi.
4 Virus
deep. betul sangat-sangat... angguk je.
BalasPadam😊😊😊
Padami feel this. somehow sometimes i hate how cliche and dark this world is. competition here and there. with no realized, we are creating enemies for the sake of winning. even worst, we're making enemy with ourselves. why can't we walk together? i just hate this feeling :/ btw, congratulation for a good post :)
BalasPadamthanks for drop by here~
Padam