Translate

The Do and Don't In The University

By Naja - 4:03 PTG

Do:

  • group assignment properly. 
markah tu untuk kumpulan, kalau nak buat leceh-sila buat dekat assignment individu.Tak berkat kau belajar nanti dik, kerja pun susah dapat ha memain la. Buat awal (kesian pada yang compile kalau hantar last minute), citation format APA, dan contribute lah banyak sikit. Ni dahlah dapat slide paling sikit-present pun ala kadar. Do your assignment like its your fyp lah dey. Jangan jadi freerider nanti seumur hidup kau disumpah.

  • fulfill your attendance. 
Jangan buat macam sekolah. Memang lecturer takde masa nak marah engko datang ke tak-tapi membazir duit kerajaan je tanggung pemalas. Fikir sikit kawan kau tak dapat uni pun-kau dah dapat pergi ponteng duh. Lagipun, for my uni-UniSZA, 3x tak datang kelas tak boleh ambil final exam ha. Simpan lah quota tu untuk waktu study week nanti-masa tu selalu lecturer buat replacement class sampai nak balik kampung pun tak boleh jadi gunakan kuota tu untuk mengelat. Yang ni takpe, sebab study week lecturer sepatutnya tak boleh kacau. Masa ni kau boleh salahkan lecturer lol.

  • Housework. 
Duduk bermasyarakat ni kau kena peka sikit ya. Jangan buat macam dekat rumah kau. Housework dekat sini maksud aku cuci pinggan terus lepas makan, sapu bilik, susun selipar, cuci toilet, cuci dapur, kalau rasa rambut gugur tu tolong sikat tepi tong sampah ha. Kalau rasa kos kau lah yang paling busy di dunia-tolong jangan makan dekat rumah dan menyusahkan orang. Dekat sini takde siapa nak jadi macam mak kau. Semua orang ada kerja dik. Benda ni orang kata common sense, tapi orang macam ni ramai aku jumpa dekat u. Biar hodoh, belajar tak excel sampai ke sudah-tapi pandai hormat orang.

  • Belajar guna adik beradik microsoft. 
Basic pun takpe janji mahir. Jangan dah masuk uni-itu tak reti, ini tak reti. Dekat sini semua selfish dik. Yang boleh dibuat kawan tu sikit sangat. bukanlah sampai takde orang nak ajar kau pakai words, ppt, excel semua tapi andai kata benda tu urgent, lecturer kau bagi assignment harini-petang dia nak ha bagitau aku siapa nak tolong kau. Welcome to fast pace selfish world.

  • bayar hutang walau rm1.
Kalau tahu diri sendiri jenis pelupa teruk-CATAT lah. Jangan jadikan alasan untuk orang benci kau. Student ni kau tak boleh jangka kewangan dia. most of us broke all the time. Kalau tumpang kereta/motor orang hulur lah walaupun dia tak mintak/dekat je/dia menolak. Dia cuma berbasi-basi. Semua orang perlukan duit y'all.


Dont:
  • Couple sekelas.
Tolong tahan nafsu sikit hshshshsshs. Kalau kau jenis selamba takpe. I'll tell you ah, aku ade buat job video untuk final year and then this one ex-couple taknak ada satu pun gambar diorang zaman couple 1st/2nd year dalam that video. Thats the ultimate level of selfish y'know. Gambar tu gambar dengan classmate lain-memori satu kelas so dont be childish la. Kalau kau boleh hadap ex kau lagi 2/3 tahun sokay lah-tetiba dapat group assignment sama tolong jangan drag muka cemberut kau eh.

  • Couple langsung lah.
Kalau kau jenis easily distracted tolong jangan couple. Tapi kalau otak geliga tahap boleh buat batu cincin-sokay. Kalau rasa kerja nanti tak sempat sempat nak cari bakal suami-takut kawin lambat ke apa-ha sila lah couple yizlumik islamik etc. Tapi ingat-bezakan keperluan dengan kehendak dan priority kau masuk uni untuk belajar, jadi lebihkan belajar bukan berjinta ya?

  • Pasang video kuat-kuat dalam bilik. 
They invented earphone/headphone for a reason y'know. Tak semua orang ada taste dalam music yang sama macam kau. Dan aku paling annoyed dengan orang yang tengok tutorial make up/vlog malaysian yang cakap slang orang putih beriya iya tu. Jadi jangan bagi orang lain mencarut dalam hati ya.

  • ambil barang orang suka-suka hati.
kau baik macam mana pun dengan dia tolong eh. mintak izin. dia takde? send message. dan kalau dah meminjam tu pulangkan dalam bentuk asal. jangan buat harta sendiri.

  • jadikan lelaki sebagai kenderaan.
Ni banyak kes ya. Jadi lelaki jangan bodoh sebab perempuan. Jadi perempuan jangan suka-suka hati memperguna kebaikan orang. Macam classmate aku takpe-dia selalu pinjam kereta lelaki tu, tapi dia basuh dan isi minyak. Jangan buat muka tembok asyik meminjam je ya. Kalau kau taknak orang buat dekat anak kau nanti macam tu, jadi jangan buat dekat anak orang-simple as that.

Banyak yang aku state ni common sense tapi entahlah orang sekarang ni hilang sense agaknya. Apa-apa pun sebelum nak buat apa-apa tu fikir dulu-kau ok ke kalau orang lain buat kau benda yang sama? Apa implikasi dia dekat orang lain? Dan kalau kau okay sekalipun-fikirlah takde lagi wujud manusia klon dekat dunia. Lain orang lain cerita. Aku dah buat banyak salah dekat orang, dan aku jugak dah dapat akibat dia, tapi aku tak nak cakap aku makan garam lebih etc, sebab mungkin aku akan buat salah sekali lagi. Yang penting, jangan ego. Dah dewasa kan? :)

  • Share:

You Might Also Like

6 Virus

  1. Agree! Mujurlah excouple satu batch dgn kitorang elok jer. Takdelah nak suruh remove bagai kalau ada gambar bersama dalam slideshow end year. hehe.

    BalasPadam
  2. lama dah aida tnggalkan alam universiti, naja.
    now, amik masters, x terasa sgt life nyer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, teringin naksambung master tapi ya tuhan malasnya nak belajar lagi hahaha

      Padam