Sex Education. Penting ke? [Edisi Kanak-kanak]

By Naja - 4:19 PTG

Hasil carian imej untuk #MeToo
Minggu ni viral satu berita lelaki 41 tahun berkahwin dengan kanak-kanak 11 tahun. Aku sedih bila terfikirkan masa depan budak tu. Bukanlah aku kata kahwin ni takde masa depan, tapi y'know what i mean...

First of all, kenapa salah ke? He's clearly a pedophile weh. 11 tahun. Apa je yang dia tahu pasal hubungan kelamin? Laki dia nak.., dia bagi. Rela ke paksa ke, dia bukan tahu melawan dan tak larat nak lawan pun. Nak pulak laki dia bagitahu kalau tak tunaikan 'hasrat' dia tu, Malaikat laknat sampai Subuh. Hebat menunggang agama ya?

Jadi aku kira sekarang masa yang kritikal untuk bawa balik isu sex education ni. Sex edu ni pun jadi perbahasan rakyat Malaysia baru-baru ni. Sebelum korang nak hentam aku, let me tell you first, sex edu bukan mengajar sex position dan menggalakkan sex luar nikah ya.

Apa yang kanak-kanak perlu tahu dan bila:

0-2 Tahun:
Mereka perlu mahir semua bahagian badan termasuk bahagian sulit. Selalunya mereka mula faham perbezaan lelaki dan perempuan.

2-5 Tahun:
Mereka perlu faham asas persenyawaan; lelaki dan wanita bersama, dan bayi dikandung di dalam uterus ibu. Tak perlu explain lebih-lebih. Ini untuk mengelakkan mak/ayah taktahu nak jawab apa bila anak tanya 'adik datang dari mana?' Instead, ada yang jawab 'mak ayah pegang tangan/tidur lepastu esok dapat adik', sudahnya itulah fahaman dia sampai dia mampu fikir sendiri atau yang dia tahu daripada sumber lain yang lebih ekstrem. Nak macam tu ke?

Ajar juga mereka privasi di bahagian badan. Apa yang boleh dan yang tak boleh disentuh oleh mak/ayah/nenek/atuk/makcik/pakcik/sepupu/kawan/cikgu. Dalam dunia harini, jangan mudah sangat percaya orang ya.

5-8 Tahun:
Mereka perlu tahu asas tahap akhil baligh. Kalau yang muslim, ha ajarlah cara Islam. Alang-alang tu ajar sekali cara hormat jantina berbeza. Kalau perempuan bocor ke (in case 11 tahun dan kena, pad memang dah tentu tak bawak), atau kalau lelaki dah ubah suara-jangan gelak tapi ajar supaya mereka faham.

9-12 Tahun:
Kalau ikut references, westerner selalu advice safe sex. Penggunaan kondom dan sebagainya. Ini lah yang netizen takut kan sangat. Sebab bagi dorang seks selamat=kondom= seks luar nikah jadi kebiasaan. Tapi mengikut apa yang berlaku sekarang, seks luar nikah dah pun jadi kebiasaan. Lagi teruk tak dapat beli kondom, anak luar nikah berlambak-lambak. Yang mati dalam toilet? Dalam semak? Sebut ajelah.

Aku 50-50 bab ni. Kalau parent konservatif-well yes, you should told them seks luar nikah ni haram. Provide reasons and such. Tapi kita lupa wujudnya golongan Islam hanya pada i.c. Tak semua bernasib baik ada parent yang ajar semua ni. Hence, wujudnya seks selamat ni. Kalau dorang takde basic agama-SEKURANGNYA takde bayi luar nikah-takde kematian bayi yang dasyat. Tak sedih ke baca?

Kalaulah korang takut sangat anak-anak fikir "Eh, seronoklah macam ni, hari-hari boleh buat seks, tapi takkan mengandung, mak bapak tak tahu", jadi ajarlah anak tu Islam sebenar-benar Islam. Pantau kawan kawan dia, pantau je ya bukan kongkong. Sebab lagi korang kongkong-lagi dia rasa nak buat. Percayalah.

13-18 Tahun:
Masa ni mereka dah nak privasi sendiri. Tapi kalau parent ajar sex edu daripada kecik, kemungkinan besar mereka tak segan untuk cerita masalah sulit ni. Diraba ke, termengandung ke, alat sulit berdarah ke. Tak ke bangga jadi ibu bapa yang dipercayai?

'Oh, kalau macam ni tak perlu kot ajar sex edu dekat sekolah, mak ayah jelah main peranan.' Ya, tahniah, korang ibu bapa yang bagus. Tapi macam mana dengan kanak kanak yang tak bernasib baik ada ibu bapa seperti korang? Bila ibu bapa jadi masalah dia, jadi cikgu lah yang kena ambik alih. Bukan koran tak pernah dengar anak kena raba/rogol dengan ayah sendiri, mak tahu tapi no action. Keji.

'Alah kau takde anak tapi nak ajar orang' First of all, aku ni anak orang. Masa kecik aku pernah kena dengan pakcik aku sendiri. Walaupun tak teruk, tapi in fact aku ingat sampai sekarang tu maknanya apa? Aku tak faham sebab masa tu aku kecik lagi. Fight or Flight tak boleh apply, sebab aku pilih untuk terkesima. Dan terngiang ngiang lagi dia cakap "Eh ingat 'nama anak' tadi" What?! Jadi selalu lah anak dia kena macam tu? Jijik. Aku tak pernah cerita dekat sesiapa tapi tak apa. Kifarah dia dah terima-bercerai, bini baru psycho, dan dapat stroke.

Masa form 3 aku dilanggar full body oleh student lelaki dari belakang. Masa tu tengah sesak depan aku. Pun aku terkesima. Aku, tak tahu nak bagi reaksi apa. Dengan tak mintak maaf, dia buat muka toya so aku fikir- eh terlanggar kot. Tapi bila flashback balik scene, yang sesak tu depan aku, dekat belakang tu seluas-luas alam. Aku jadi geram dengan kebodohan sendiri.

Form 4/5 aku kena harrased with the whole school boys. Whole ok? Sebab baju batik aku orang tu salah measure so ketat dekat certain part. Nak outing kena pakai baju batik, dan cuma Allah je tahu aku benci gila pakai baju batik tapi kain tu mahal nak mampus so aku fikir aku bolehlah tahan sampai form 5. Sampailah aku jalan dekat laluan untuk ke gate, dan aku perasan ada ramai lelaki dekat belakang so aku cover dengan beg dan dorang boleh jerit "WOI COVER B****** KE?" dan gelak. Dan yang paling bodoh  aku tak kenal siapa dorang-which mean satu sekolah tahu baju aku ketat? Dan aku cuma mampu sengih dan lari ke gate. Mungkin sebab tu dorang teased aku sampai 2 tahun dekat situ. Dorang ingat aku suka. Aku ada cerita ni sebelum ni, tapi rasanya dah delete sebab i put my emotion first so banyak perkataan tak elok.

Imej yang berkaitan

Jadi kenapa aku cerita aib sendiri ni? Selain daripada gerakan #MeToo (International movement against sexual harassment and assault), aku cuma nak sedarkan akar umbi masalah ni, aku nak sedarkan benda ni ada berlaku di Malaysia, ramai yang kena gangguan seksual tapi tak tahu, tak faham dan malu untuk melawan. Kenapa benda ni boleh jadi di negara yang mengamalkan ajaran Islam? Sebab parent fikir sex edu ni taboo. Tak sesuai diceritakan pada kanak-kanak. Well, i showed you the proper way and the suitable age to educate your children. So please ya ibu bapa? Jangan tahu buat anak saja.

Ingatlah. Kalau anak dah opened up tu terimalah dia seadanya. Jangan buang, jangan jerkah. Peluk dia, dan carilah penyelesaian bersama-sama. Negara kita ada undang-undang. Ajar anak hormat berlainan dan sesama jantina. Selamat menjadi Ibu Bapa ya!

Hasil carian imej untuk #MeToo

  • Share:

You Might Also Like

6 Virus

  1. hahaha betul tu bila budak-budak tanya mana dia datang, merapu sangat jawapan sudahnya budak-budak cari sendiri. Betul, ramai je yang kena harrassed dengan lelaki walaupun berpakaian sopan. Baby pun kena lagi tak masuk akal. Singgah sini & follow awak. Great entry btw :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sangat sedih wujudnya orang yang tak mampu kawal nafsu sendiri. Thank you singgah!

      Padam
  2. memang wajib sex education nie untuk kanak2, supaya dorang tau apa yg betul dan salah, pelik sangat bila ada yg bantah sex edu kat malaysia, macam la orang nak ajar buat benda tak senonoh pulak. btw, nice entry :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab diorang tak faham haih. btw thank you~

      Padam
  3. aida ada anak perempuan 2. from time to time, memang perkara sebegini bermain di minda aida.
    bagi aida, sgt penting. kalau tak cerita sepenuhnya, aida pasti akan cerita sedikit demi sedikit.
    especially bab pergaulan dgn lelaki. aida sgt tekankan hal ni.
    dgn kawan-kawan. dgn sepupu. dgn pak-pak sedara. nampak mudah, tapi aida stress kan kat diorang ia sgt penting dlm islam.
    bermula dgn aurat. cara duduk. cara baring. cara jalan.
    bila ada berita pasal pelacuran or sumbang mahram kat tv, aida explain kat diorang.
    if tgk drama melayu, english yg berkaitan ni, aida share ilmu utk diorang sedar.
    aduhai, Naja. sgt risau dgn keadaan sekarang.
    diri sendiri, aida sentiasa tambah ilmu. so that, aida dpt didik diorang dgn betul. masih byk kot ilmu parenting ni yg aida kurang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu. tahniah sebab jadi parent yang hebat. memang susah nak didik anak sekarang, sebab selalu tengok adik pun dah tahu bezanya dengan generasi kitorang. mencabar.

      Padam