Syurga Neraka Sampai Graduate

By Naja - 4:42 PTG


So, harini aku nak share apa yang kami-biotech student belajar. Untuk junior yang curious about this field. Tapi sebab aku baru habis Year 2, so pengalaman aku cuma surface je lah. Sebab memang ini cita cita aku sejak darjah 1, aku boleh kata aku seronok belajar walaupun study sampai menangis lol.




yang atas ni semua dalam lab PIV (Plant In Vitro), subjek yang paling susah masa sem 4 tapi yang aku paling minat. Sebab lab dia sejuk ya tuhann, dan bersih. Masuk sini tak boleh kotor-kotor, nanti effect pokok-pokok tu. Dan lab ni tak pakai kasut, jangan fikir semua lab kena pakai kasut ya?


basically apa yang kami buat, ambik sample daripada pokok yang matang, macam dalam gambar atas, banana sucker.Nak 'siang' tu dekat tempat lain ya (wash room), semua benda daripada luar kena betul-betul bersih sebelum masuk lab. 


haa, inilah yang kami nak. Tbh, ni bukan part aku, so aku tak tau macam mana labmates buat huhu. Kenapa kena siang? Well, benda yang dalam ni lah yang kita nak sebab paling bersih-so possibility untuk contaminated kurang. Buat  benda ni memang leceh, kau memang tak boleh bercakap (which is very suitable for me haha) masa buat kerja, terutama masa masa handle pokok dalam laminar air flow.


ha inilah laminar air flow. Kepala tu tak boleh termasuk dalam sebenarnya, tapi biasalah kami amateur hehe.



aku akan ingat sample ni sampai mati haha. Lab report paling susah aku pernah buat. Satu minggu full aku usahakan tapi last-last hentam jugak haha. Kena baca research paper yang pakai term scientific gila gila punya memang huu huu lah aku membacanya. fyi, yg ada kaler biru pink tu sample ficus deltoidea (mas cotek) memang berlambak dekat unisza besut so since sem 1 asyik pakai buat lab. Yang biru tu tak ingat pulak hehe.

Tapi jangan ingat semua lab kitorang dalam AC je, nanti aku share lagi lab subjek lain yang kena pergi ladang pukul 2 yall. Syurga Neraka sampai graduate. Gituh.

  • Share:

You Might Also Like

6 Virus

  1. Wahhhh mencabar jugak eh. Hahahaha kipidap

    BalasPadam
    Balasan
    1. mencabar tapi seronok sebab kita minat sebenarnya. Belajar benda yang paling mudah kalau tak minat pun tak guna yedak? hehe

      Padam
  2. wuiyoo sangat kagum rasanya.

    BalasPadam
  3. really love lab session! tapi nak buat report dia tu ya Allah TT^TT

    BalasPadam