RPK & RSM lesen B2

By Naja - 3:18 PTG

Aku nak share pengalaman training utk lesen motor haritu. First training dah kena maki di hari jadi y'all. Entri ni aku bahagikan ikut RPK RSM, KPP02, dan KPP03.

Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan RSM (Rutin Sebelum Menunggang)

sorry for the quality..dan kerenyukkan serenyuk hati aku masa tu kuikui.

RPK
Seperti dalam gambar, korang kena bercakap pasal motor dengan pegawai JPJ (masa test)

1) Salam (bagi muslim), perkenalkan diri, tarikh tamat lesen L, No kenderaan (no plate) dan tarikh tamat cukai jalan (roadtax)

"Assalamualaikum, Nama saya Nor Amirah Najihah Binti Hamzah. Tarikh berakhir lesen L saya ialah pada 15/10/2018. No kenderaan ialah ABC1234. Tarikh tamat cukai jalan ialah pada 12/12/2018. Saya telah bersedia untuk membuat RPK dan RSM."

[Tip Nubis: No lesen tu lesen korang (obviously), no plate dan roadtax motor dekat kunci motor atau bawah seat-motor yang JPJ dah sediakan mengikut nombor calon]

2) Bukak seat, check petrol, dan getah penutup petrol. Tools spanar dan bateri.

"Petrol dalam takat mencukupi, dan getah penutup minyak dalam keadaan baik. Tools spanar dan bateri dalam keadaan baik."

3) Check cover lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan. No plate. Tekanan angin dan bunga tayar belakang.

"Cover lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan tidak retak atau pecah. No plate ABC1234 jelas dilihat. Tekanan angin tayar belakang mencukupi dan bunga tayar dalam keadaan baik."

4) Check rantai di sebelah kiri motor.

"Rantai motor tidak terlalu tegang atau longgar."

5) Check cermin sisi kiri dan kanan.

"Cermin sisi kiri dan kanan tidak retak atau pecah."

6) Check cover lampu depan, lampu signal kiri dan kanan. No plate. Tekanan angin dan bunga tayar depan.

"Cover lampu depan, lampu signal kiri dan kanan tidak retak atau pecah. No plate ABC1234 jelas dilihat. Tekanan angin tayar depan mencukupi dan bunga tayar dalam keadaan baik."

7) Check minyak enjin di sebelah kanan motor.

"Minyak enjin motor berada pada takat mencukupi."

[Tip Nubis: Masa test betul dia bagi kain, Lepas pulas penutup, kesat dipstick tu dekat kain, kemudian masukkan semula, keluarkan dan acah-acah tengok takat minyak]

Pinjaman The Futurians

RSM
1) Masukkan kunci (kalau kunci dah masuk, keluarkan dan masukkan semula) dan hidupkan motor (pulas kunci)

"[Masa masukkan kunci] Kunci penalaan (kunci motor) dalam keadaan baik dan, [Pulas bagi hidup motor] boleh digunakan."

2) Naik atas motor, start motor, check panel meter, check lampu besar kecik, lampu belakang, lampu brek, lampu signal.

"Cakap semua berfungsi dengan baik"

[Tip Nubis: Letak tangan/lap-lap cermin masa check panel meter. Letak tangan dekat lampu untuk check lampu hidup ke tak, depan ke belakang ke semua check.]

Pinjaman Bukalapak


Pinjaman Pomen Motor


3) Test Brek.

"[Gerakkan motor ke depan-brek dan gerakkan motor ke belakang-brek] Brek hadapan dan belakang berfungsi dengan baik."

Nak senang tengok video ni je. Dah banyak video online sekarang.

Sambungan;

KPP02
KPP03
Pengalaman Training

  • Share:

You Might Also Like

6 Virus

  1. x amik pun lesen motor huuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha nak ambik lesen kete lagilah takut lel

      Padam
  2. My parents dont allow me to take b2 tho. Btw, good sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus lah lagi berani ambik lesen kerete T_T

      Padam