Pengalaman Training Lesen B2 (Motosikal)
By Naja - 2:04 PTG
Aku asingkan entri asal sebab panjang sangat, so ni entri yang sama cuma ada penambahan. Bagi chance lah aku nak venting hahaha.
Sekarang aku nak membebel pulak haha. Memang silap besar aku buat hari sabtu-ramai, cikgu ada sorang, dan kena tunggu lama sebab cikgu lepaskan KPP03 dulu. Aku tunggu daripada pukul 8, pukul 12 baru boleh naik motor. Cikgu dahlah ex-askar, perempuan, kau rase? Dia dah penat lenjan budak-budak kpp03, time kitorang dah tengahari. Penat letih emosi tak stable. Lel.
First time aku RPK, dia bagi kertas je, suruh tengok budak-budak KPP03 buat macam mana. Takde penerangan apa. Lepas dia minum air, dia datang suruh kitorang buat RPK. Aku dengan tergagap-gagap pun kena marah sebab lambat. Rilek lah macik ish.
Aku lagi gelabah lah sebab start training satu group, takut kena tinggal ke orang cakap aku lambat ke. Sampai tak check pun kunci tak pulas hahahaha bodoh bukan. Sebab aku biasa bawak skuter, mana ada pakai kickstarter. Most of the motor nowadays pun pakai suis je hshshs. Lepastu main gear pulak. Panel meter tu dah tak nampak dah Neutral ke apa, aku tekan-tekan sampai dia naik balik gear 4, pastu kena tolak motor pulak, dah tak free gear memang tak boleh lah tolak haa bebal giler tersekat tengah panas arghhhhahaha.
Kitorang kena ulang 5 kali so kau bayangkan aku yang tak makan ni nak kena start motor tolak kena marah lagi. Masa aku terlupa nak pulas kunci dia kata "Makin lama makin teruk!" fiskek, nak melalak aku.
Hari kedua aku ambik hari isnin. Dapat cikgu lelaki-sempoi je. Walaupun aku kata aku dah kali kedua, dia still terangkan kitorang pasal RPK RSM litar, jalan raya semua. Aku cuba husnudzon hari Sabtu tu ramai sangat orang kot tu dia lupa haih entahlah nak. Hari kedua ni aku nampak cikgu perempuan tu ajar budak kereta. Dalam hati aku doakan jelah kesejahteraann budak tu. Bahagia untuk aku, derita orang lain. Lel.
Apa-apa pun, salut dekat brader-brader and sistur-sistur yang banyak tolong aku masa training. Terutamanya brader ambik lesen B Full yang gigih kejar aku nak bagitau tongkat tak angkat. Memalukan!
Hari ketiga aku ambik Rabu sebab Selasa test JPJ, so takde training. Aku ni calon luar, aku ambik KPP01 dekat tempat lama, sebelum pindah Kuantan dan sambung KPP02 dan KPP03. Jadi, aku tak tahu macam mana sistem dekat sekolah memandu ni, atau mungkin sama je mana-mana sekolah memandu cuma, yelah aku tak diberitahu. Tapi aku tanya okay. Cuma cikgu tu bolok, haa.
Dia sebenarnya boleh je straightforward cakap KPP03 sehari 1@2 jam sahaja dan penuhkan borang tu sampai 6 jam, means datanglah training 3@6 kali. Sebab dalam buku, dan dekat kaunter bagitau KPP03 6 jam. Aku fikir dia buat macam KPP02 lah, cap jari(kehadiran) dan cukupkan je sampai 9.5 jam walaupun tak naik pun motor.
Tapi apa yang dia buat, dia kata KPP03 tak payah cap ye. Terus belajar. Then, disebabkan ayah aku tak kerja dekat Kuantan, dia cuma boleh hantar aku bila dia free je. Motor aku tinggal dekat Besut. Aku bagitau cikgu tu 'takde orang boleh hantar saya, so boleh tak saya ambik 6 jam terus harini? Lepastu ambik ujian penilaian then JPJ' Dia iyakan je sebab masatu tengah ramai aku tak tau lah dia dengar ke tak. Tapi aku kena tanya untuk comfirmkan dengan ayah aku pulak.
Lepastu aku kena tunggu group KPP02 setel, then aku buat 2nd round masatu pukul 12 tengahari dah. Aku sorang macam bodoh atas litar tengah panas. Lepastu dah setel, aku mintak sign untuk kali kedua dekat borang tu, dia kata tak boleh, tak logik tarikh sama sampai 2 kali,bla bla. End up, aku yang dianggap tak faham. Well, memang aku tak faham pun kenapa tak boleh sampai dua kali. Aku penat dan geram aku just tanya, 'So, kena datang lagi lah training kan?' Lepastu dia angguk. Bolok gila. Bagitahu awal-awal lah tak boleh, takdelah aku macam orang gila menunggu untuk buat benda sia-sia. Aku benci gila menunggu.
Dahlah sebelum tu aku ada masalah dengan borang. Silapnya dia letak merata, kata dekat situ lah sini lah, dan aku tak faham dia cakap apa. Sampai ayah aku masuk campur, last-last nama aku je naik. Malu bodo. Ha, pengurusan dia teruk nak mati. Aku sangat-sangat tak suka orang yang lembab buat kerja. Kalau kau kata kelas pukul 8, pukul 8 tu dah ada semua borang atas meja. Ni pukul 10 baru naik motor, haram jadah gila. Ha masuk neraka lah semua.
Yang berkaitan:
RPK & RSM
KPP02
KPP03
16 Virus
hahaha ok lawak part sampai tak perasan kunci lupa nak pulas. btw, syaza amek lesen B2 masa umur 18 tak silap ke 19 tah haha lupa. now dah 26 tahun. lepas kawin tak bawak dah motor. and suddenly teringat zaman rempit2 dulu hihi
BalasPadamhahaha kalau cikgu macam ni memang tak ambik lesen kereta lah jawabnya. letih dengan fael cikgu je hemm
Padamhahaha ok la tu . dulu i ambik lesen dia ajar sekali je dah lah time tu memang tak reti langsung tau bawa motor tapi tak diajar. i redha gila kalau jatuh pun kena redha nasib baik selamat takde apa2 terjadi
BalasPadamtak faham betul cikgu macam ni. geram geram geram haaa. orang bayar kot
PadamDia bagi kertas tu utk apa? Nk kene tulis senarai apa yg perlu buat ke..mcm gambar yg ada kt blog ni
BalasPadamKertas yang mana ya? Kalau rpk, boleh rujuk link bawah tu.
PadamHahhahahahhaha , lucu ayat sis . Semua orang merasa & merana dengan ujian memandu ini .HAHAHHA
BalasPadamyelah tu.. haa sedeh
PadamPatut la rasa macam boleh relate...org kuantan rupenye...yg marah2 tu mesti nora kan...HHANAHAHAHHAHAHAH...aku skrg x habis lagi lesen B full..nnti kena hadap balik nora tu������
BalasPadamfuhh..lesen b full brader2 motor besor lah ni. haah nora tu lah kahkah seteghehh kawan dibuatnya.
PadamHarini sya kpp 02 ,smlm dah buat lathn xpi mmg menghampakan n memalukan �� harini hrp baik2 saja la ... yg kpp 03 tu mmg kna tngkat 2 motr ye? Sbb sya mmg x pndai aritu dah bljr kat rmh smpai lebam2 tngn ..
BalasPadamtak perlu sebenarnya. tp kadang jpj ni suruh jugak. cakap je tak mampu banyak kali sampai dia stress XD
PadamKalau ckp tak mampu nnti dia tolong tongkatkan ke? 😅 Atau Kita boleh tongkat tepi terus?
PadamHairni sya buat kpp 02 di ujian titi tu smpai trjatuh sekali dngn motr 😢😢
BalasPadamallahu.. ni masalah kebanyakan orang berbadan kecik. harap tak berhenti mencuba ya. fighting!
PadamTerima kasih 😊😊 alhamdulillah last latihan kpp02 sya lpas buat titi,harini QTI nervous sngat2.. doakan sya lulus yer!
Padam