Translate

KPP03 Lesen B2

By Naja - 1:45 PTG

KPP03 [Latihan Jalan Raya]

Jalan raya ni dalam tu jugak, tak pernah kan nampak motor training jalan luar? Puas pulak cikgu mengejar dekat tepi lel. Cuma jalan dia lebih besar, dan tak perlu buat rutin cto. Ada tempat kena berhenti, traffic light, roundabout. Trek jalan ikut pusat memandu masing-masing.

Selepas tolak motor selesai kpp02, berhentikan motor, tongkat dan buat rutin ni pulak.

1) Check angin tayar belakang, rantai, tayar depan.

2) Naik motor, angkat tongkat, check topi keledar, dan gerakkan motor ke depan dan belakang (untuk check korang dah free gear ke belum)

[Tip Nubis: nak senang ingat aku panggil TTT. Tongkat, Topi, Tolak. Sebab aku selalu lupa hehe]

3) Start enjin

4) Check lampu depan belakang

5) Check lampu signal

6) Check cermin sisi

7) Masuk gear 1

8) Toleh belakang

9) Bagi signal kanan dan angkat tangan kanan selari bahu (signal kanan untuk tangan)

10) Hon

11) Jalan. Dah masuk gear 2-tutup signal.

Setiap kali berhenti kena angkat tangan kanan, bagi signal, pandang kanan kiri kanan. JPJ tak nampak kau pandang ke tak, dia cuma nampak kepala kau bergerak so jalan main jeling-jeling je dan jangan malas. Sebelum berhenti yang last sekali, buat isyarat tangan untuk slow tu (check buku), angkat tangan kanan, tongkat motor.


Sebelum aku lupa. Tolong belajar angkat tongkat dua. Kalau kau tak buat dekat rumah, kau kena buat depan cikgu kau. Dapat cikgu yang selamba badak je cakap, "harap badan je besar" tak ke kau terus taknak datang training? Ni jadi dekat budak satu group dengan aku-perempuan. Tips dia, gunakan berat badan kau. Bukan makin berat, makin berjaya tapi em, belajarlah fizik sikit huhu. Condongkan badan ke belakang masa nak tarik motor, dan jangan pijak tongkat sampai kau terangkat. Train lah dari sekarang.

Yang berkaitan:

  • Share:

You Might Also Like

0 Virus