KPP02 Lesen B2
KPP02 (Latihan di Litar)
1) Titi (Tidak kurang daripada 7 saat-bermula bila tayar depan sentuh titi dan berakhir bila tayar belakang sentuh jalan)
[Tip Nubis: Pakai gear 2, jangan tukar gear atas titi, tukar sebelum mula. Jangan brek atas titi, kalau rasa laju dan agak tak sempat 7 saat, lepaskan tangan-jangan press minyak]
2) Kon (takde time limit)
[Tip Nubis: Still gear 2, jangan press kuat sangat. Main-main dengan minyak. Jangan brek mengejut nanti komfirm jatuh kaki]
3) Brake Emergency (tidak lebih daripada 6 saat selepas tayar depan masuk petak brek)
[Tip Nubis: Mula dengan gear 1-pecut, lepas dah stable masuk gear 2-pecut lagi (jangan lebih 50km/h) dah agak tayar depan sentuh line putih terus brek sebab dia akan kira 6 saat sebelum kita betul-betul berhenti.]
4) Jalan berbonggol (Takde time limit)
[Tip Nubis: Ni ikut motor jugak, aku selesa gear 2, sebab kalau gear 1 dia punya melambung sikit lagi nak terkeluar petak.]
5) Pusingan 8 (Takde time limit tapi lengkapkan 8 1/2)
[Tip Nubis: Bagi signal ke kanan (ikut korang kena pusing start dari mana), keluar pun signal.]
6) Jalan berliku (Takde time limit)
[Tip Nubis: Sebab ni last, lepas berhenti, angkat tangan kanan, free gear, tutup enjin, tongkat motor, turun motor, pandang pondok JPJ dan angkat tangan tinggi-tinggi. Then tolak motor untuk pergi buat KPP 03]
Jangan lupa buat rutin cto (periksa cermin sisi-toleh belakang-hon) sebelum masuk setiap stesen.
Yang berkaitan:
RPK & RSM
RPK03
Pengalaman Training
0 Virus