Wild Childhood

By Naja - 3:19 PTG

Bila dah tua sikit ni kan, kau mulalah teringat zaman kanak-kanak dulu. Aku kira bertuah aku takde kawan-kawan yang terlampau bebas. Kawan zaman sekolah yang melekat sampai sekarang semuanya takde pakwe, tak suka berfesyen, tak make up melampau, parent is priority, dan set-set sendu sebab parent strict lol, dan susah nak keluar sama ada takde lesen kereta atau ada lesen, kereta takde ahah. Tapi bila ingat zaman dulu, agak kelakar jugak sebenarnya.


Masa darjah 6, aku penolong pengawas pusat sumber (basically terpilih sebab aku garang nak mampus lol-sekarang dah cool down). So ade satu team ni kira top student lah, pengawas sekolah. Nama team dorang Bestari ke ape benda hahaha. So pengawas pss dengan sekolah ni selalu bergaduh. Aku still simpan lagi surat-surat layang dorang hahaha.

Naik sekolah menengah, ada pertandingan kelas tercantik tu kan, so ada satu hari tu kitorang buat gotong royong cantikkan kelas, pasang langsir semua. Then ada sorang classmate lelaki ni dia memang annoying tapi funny haha. Dia buat amende entah sampai marah sangat this one girl, dia tak sedar kot dia pegang tukul dan separa sedar dia tercabutkan kepala tukul daripada pemegang dan tak sangka terbaling kepala tukul tu y'all melekat tercacak atas kepala lelaki tu hshshshshs. Depan mata aku ya allah aku terpana terpesona jarang jarang berlaku ni!

So, kalau apa-apa berlaku tolong jangan harapkan aku sebab otak aku memang lembab proses. Tahu-tahu je diorang dah panggil cikgu ambulans semua. Darah menitik atas lantai lel final destination sangat. Besok ke lusa macam tu, lelaki tu boleh cerita pulak dia kena jahit kepala-dia rasa nyilu kepala bergerak-gerak masa jahit tapi yelah dah kena bius so tak rasa sangat. Apa bendalah lol.

Then aku masuk sekolah asrama, ponteng solat dekat surau sebab nak tengok movie dalam bilik hahaha biasalah time tu dah senior. Surau kalau sejuk takpelah jugak, ni pergi prep malam dekat kelas kena pakai baju kurung, so solat pun baju lecun berpeluh grr. Yang kelakar tengah berkumpul ramai-ramai atas katil, ustazah(warden) tiba-tiba muncul dari belakang hahahaha beghapok sorok laptop bawah bantal lol.

Dia suruh turun checking period ke tak. Kau gila ke nak serah diri hahahaha. So masa dia round dorm lain kitorang pun apa lagi berpecah lah lari. Dua orang panjat pagar, sorang jatuh dalam longkang. Dua orang lagi entah apa cerita. Aku dengan kawan lagi sorang menyorok dekat rumah warden tinggal dekat pokok serai yang sama tinggi dengan aku bhahaha. Masa tu warden lagi menakutkan daripada hantu. So agak-agak dah setel sikit, kitorang lari ikut pagar belakang sampai kasut aku tercabut tapak hahahaa lepastu terserempak dengan pak guard. Tapi dia tak pelik nampak kitorang datang daripada tangki sebab aku rasa dia ingat kitorang ni hantu hahahahahaha.

Lepastu kitorang pindah dorm-sebab dah nak spm so semua form 5 duduk aras bawah. So dapat dormate baru pun buat jahat jugak. Satu dorm ponteng prep y'all. Bila kantoi semua naik dorm atas (dorm lama aku sebab katil kitorang buat langsir so kitorang menyorok dalam tu hahaha) Tutup lampu sampai kena gigit nyamuk pun rela. Ada duduk dalam almari lah kejadah betul.

Lepastu dengar suara ustaz dekat bawah tapi bila kawan aku check takde orang hahaha sama ada ustaz tu lari lajulaju atau pun terbang. Yang penting kitorang cuak dan esoknya diorang mintak maaf dengan warden haha. Tapi aku tak join, sebab tu kot spm teruk hohos.

Bila teringat semua cerita ni rasa kelakar dan bersyukur zaman tu dah habis. Kalau mintak ulang pun aku taknak haha. Tapi tulah, sekarang ni asyik stress je. Kalau tak stress, takde duit pulak haha. Ada je masalah. Kena setel sendiri pulak tu. Kena hadap, tak boleh lari macam dulu. Sad-sad adulthood.

Hasil carian imej untuk adulthood sucks

  • Share:

You Might Also Like

1 Virus

  1. Biasa la zaman kanak2 kan.. Anyway done follow sini..

    BalasPadam