13 ogos 2020 haritu dah sebenarnya aku officially graduate, dengan result yang memberangsangkan huhu.
Apa aku nak cakap, kos apa pun kau ambik, takkan ade yang senang. Menangis sebab belajar tu biasa. Lagi lagi yang cengeng macam aku haha. Aku pernah menangis sebab aku tak faham apa aku baca, padahal orang lain senang je faham. Dan takde siapa yang boleh fahamkan aku pun masa tu lol. Stress sampai sakit kepala tu pun biasa. Dan yang paling tak boleh lupa, tahun terakhir aku dekat situ.
Untuk fyp aku ada mentor, sorang master sorang phd. Aku dengan kawan aku ni kiranya membantu projek diorang je. Projeknya, timun hibrid-ada 12 ke 14 baris macam tu, lebih kurang seratus lebih pokok, dan beratus polybag yang kena masukkan media. Sepatutnya, untuk fyp aku cuma jaga 20 pokok tapi disebabkan kami saling bergantung antara satu sama lain, jadi aku pun terlibat dalam menjaga seratus pokok tu.
Dipendekkan cerita, sem pertama final year aku fatigue ya. Dengan kelas, test, assignment, labwork dan fieldwork. Orang lain tak start fyp, kitorang dah start. Last-last 1st season tu failed ya. Ada masalah cuaca dan pest. Tak boleh cakap sia-sia sebab kegagalan tu pun satu pengalaman yedak.
Bergaduh dengan project-mates, sampai aku mengadu dekat sv aku, yang aku tak terkejar nak jaga pokok-pokok orang lain. Aku nak jaga pokok aku je. Jawapan dr tu aku memang tak boleh lupa"saya ambik awak supaya awak boleh tolong diorang (mentor aku)", dan aku pun sedar, oh macam tulah sistem universiti. Tapi dr tu baik, dia bagi aku A untuk subjek dia haha. Tapi aku tak terima tawaran untuk projek master dia. Bukan dendam ya, tapi aku tak rasa dengan ekonomi sekarang ni, master tu penting.
Then, ada satu hari tu, aku pergi ladang pukul 7 pagi. Sebab hari tu memang busy dengan kelas. Kelas aku pukul 8. Habis fieldwork, aku masuk kelas. Then ada 2 lab. Lepas lab 1st, aku beli makanan, pastu aku balik bilik, aku tido. Lab 2nd petang tu pulak lama ya. Sementara nak tunggu DNA siap proses, aku keluar buat labwork fyp aku. Pastu, aku lari naik lab subjek tu semula. Dalam dua tiga kali jugak aku ulang alik. Lab pulak jauh. Habis lab, aku sambung pergi ladang, ambik data sampai azan manghrib baru balik. Mungkin sebab aku dah penat, boleh pulak aku tersepat kaki sendiri, dan jatuh lutut dulu, jadi lutut aku terkehel ya. Aku ingat lagi, aku lapar, aku penat, sakit, aku menangis sepanjang nak naik tangga ke aras tiga-bilik aku. Nak, nak pulak aku tak boleh bengkokkan kaki, aku tak boleh solat macam biasa. Nak dekat sebulan baru baik. Dalam sebulan tu aku tetap kena buat rutin ladang-kelas-lab-ladang aku macam biasa.
Tak termasuk masalah dengan kawan, lecturer, lab assistant, kerani, covid pulak masa final sem. Fuh, bila ingatkan balik..bersyukur sebab aku berjaya habiskan jugak.
Dan itulah, degree life aku. Aku tau semua ada pengalaman pahit dan manis masing-masing. Boleh kongsi dekat komen :)