2

Apa nak buat kalau salah tulis no akaun untuk ptptn?

Megad panjangnya tajuk. Ok kalau nak tahu aku pakar dalam buat kerja kerja pencuaian berkaitan bank. Dont judge me kahkah. 

Aku masuk unisza. Unisza suruh buat akaun bank islam sebab you know unisza=islamik. Jadi aku buat akaun bank sekaligus ptptn. Wow, banyak dokumen sekaligus dapat. Lepastu aku bayar terus yuran. Kau tau penyata bank warna pink dan kuning tu? Satu utk bank satu utk pelanggan? Ya, sebab bank islam ni takde buku bank, aku tertukarlah no akaun. Aku letak no akaun bendahari unisza tak silap masa isi borang ptptn.

Orang ptptn ni datang dekat u kau nanti untuk kau isi borang ni. So w/o guide dari mak pak, aku pun isilah secara berdiri di atas kaki sendiri. Aku sedar salah akaun bila semua orang dah masuk duit, aku dia hantar mesej ada masalah. CUAK! Dahlah masa tu aku kena bayar yuran kediaman kalau tak result gantung. Masa tu lagi seminggu kot nak final. Jadi apa nak buat?

1) kau pergi unit hepa mintak boleh tangguh atau tak? Imc, dia kata tak boleh, sobs.

2) kau call ptptn, bagitau kau nak tukar no akaun. Tak payah susah ke kaunter dia. Call je. Dah habis call,tanya dia paling lewat duit masuk bila.

3) kau call mak pak kau. Mintak dahulukan dulu dulu. Nanti dah dapat ptptn bayar balik! Jangan nak makan sesedap dekat kafe hipster. Ingat sikit dorang makan apa dekat rumah. Meminjam buat cara meminjam. Miskin buat cara miskin.

Aku punyalah cuak masa pegi hepa tu bila dia kata, "biasanya ptptn ni memang lambat. Saya rasa, awak dahulukanlah duit awak dulu." Aku bertuah masa tu hari Ahad dan pahang cuti, dan ayah aku cuti, dan dia rilek sikit, dan nenek aku baru bagi sejumlah duit untuk dijaga masa tu dia pergi umrah. Lepas tu aku bayar lah balik walaupun kena maki sikit dengan ayah. Hmm. Pengajarannya, double confirm dengan kawan/mak pak no akaun tu. Duit ni, duit.

2 Virus:

Eeca Shyaa berkata...

Hal yg berkaitan no acc ni la menakutkan sbnanya. Salah sikit mmg byk urusan. Tp ni oklah kan sbb blh settle through call je. Next time kan cek betol2 kalau isi apa2 borang. Self reminder utk sy juga tu. Hihihi.

Nabila Syifa berkata...

Bertabahlah kalau meminjam Ptptm.dah bertabah jugaklah nanti untuk membayarnya.good luck inml future dear sis

Catat Ulasan

Back to Top