0

Memori yang hampir dilupakan

Ok tadi tengok balik galeri (untuk buang gambar ofc) then terjumpa gambar ni. Haha



sekumpulan kanak kanak riang berlab coat yang bosan menunggu result eksperimen. Sebelum aku lupa gambar ni pasal apa.. Harini sebenarnya takde api ( letrik ) dekat kolej kediaman. Ya all of them, but campus. Selalu kalau putus pun sekejap je. Tapi yang ni.. ya ampun, dari malam sampai tengahari/petang esoknya.

Jadi, lab sebelah petang sangatlah heaven. Sejuk dan lama haha. Walaupun bosan tunggu result, at least sejuk haha. Yang bestnya, semua pakat bawak charger nak charge phone, power bank dan laptop. Ya, laptop. Assignment last minute uols.

Yang kelakar nye takde api tu sebab kabel kena curi haha. Kecoh nak mati satu kampus. Dalam group kampus tu masing masing suruh lecturer bukak library dan fakulti sebab student tak siap lagi assignment dan esoknya ada test jugak. Meanwhile kitorang...., kitorang fikir apalah nasib pak guard yang jaga gate malam tu sampai pencurinya terlepas. Hmm.

0 Virus:

Catat Ulasan

Back to Top