Translate

Sains Haiwan Ternakan UniSZA Besut

By Naja - 9:47 PTG

Tahniah untuk adik adik (ehem) yang dapat kos upu yang engkorang pilih masing masing! Suka atau tak, bersyukurlah. Welcome to adult life. Welcome to uni life. Welcome to backstabbing kind of 'friends' and the kind of tak buat kerja kumpulan-tapi bila mintak no matrik-masing masing laju je tak malu bagi.

So long story, short. Aku nak cerita pasal kos animal sc di unisza Besut. Siapa dapat angkat tangan! Nama panjang kos ni ape entah berakhir dengan ternakan. Aku tak ingat sebab ni kos kawan aku. Meh aku tampar korang dengan realiti sikit.

Disebabkan kos ni namanya berakhir dengan TERNAKAN. Kalau tak faham haiwan ternakan tu sila google. Korang takkan belajar wildlife dekat sini unless korang fikir lembu tu cukup wild (?)

Jadi jangan jadi macam kawan aku, drop after 1st sem sebab lecturer dia bagitau korang takkan sambung Master dalam veterinar. Tak boleh. Sekarang dia upu tak dapat sebab status dia 'masih belajar' sedangkan dia dah berhenti unisza. Tapi aku tau dia ada rezeki dekat tempat lain.

Aku taktau sangat pasal kos ni tapi aku selalu jenguk ladang itik final year. Takdelah sebesar UPM tapi banyaklah itiknya. Oh jangan risau juga, dalam kampus ni sendiri ada kambing dan burung unta. Ya, yang otaknya lagi kecil dari mata.

Dan korang selalu juga melawat ladang (yang ni ya ampun besar) haiwan ternakan dekat apa nama tempat aku pun lupa. Jauh sikit lah dari UniSZA. Merasa lah macam trip. Situ segala kandang ada. Kambing dia baik baik jangan risau. Belajar lah engkorang segala jenis baka. Dan lembu dia baka padia taktau besar ya ampun. Tempat dia lawa. Lecturer sporting akan bawa korang mandi air terjun. Ya ada air terjun. Yeay!

Oh lupa nak bagitau, korang memang kena bergaul dengan babi. Takdelah sampai pegang. Melawat kot. Yelah, babi kan pembawa segala penyakit. Tapi bukan first two years. 3rd or 4th year kot kalau korang pilih subjek yang berkaitan.

Environment masharakat emm, jujur cakap aku tak suka budak-budak animal sc ni. Sebab selalu bergaul dengan animal kot perangai nak dekat sama lol. Jadi kalau 1st year tu korang kena pergi ladang tanam rumput tapi senior tak buat kerja pun tu, feel free to tell us, budak biotech. Huhu. Kami lembut seperti pokok ditiup angin. Fuh.

Ya. Korang pun kena tanam rumput. Dan bermacam macam rumput kena hafal. Rumput kan sumber makanan ternakan korang. Kenalah tahu mana yang terbaik untuk mereka. Spesifik. Aku pernah kena kerah tanam rumput. Senang nak mampus. Bosan betul. Haha. Kalau bosan bosan tanam rumput tu, jenguklah ladang labu kami. Hehe. Tolong siramkan sekali.

So far. Itu jelah buat masa sekarang. Kalau nak tanya mendalam boleh whatsapp. Kalau aku taktau, aku akan usaha tanya senior. Aku tau mesti korang konfius,teruja berdebar semua. I've been there. Salam takziah. Huhu.

For enquiries at fast reply:
najihahhamzah007@gmail.com-email
@MijiWay-twitter

  • Share:

You Might Also Like

0 Virus