Memandangkan aku dah lulus lesen B2, so baru berani share ni haha. Ni penilaian sebelum jpj atau diorang panggil QTI (Qualifying Test at the Institute). So, yang bertanda tu kesilapan yang aku buat. Salah yang kecil-kecil ni jangan ambik mudah pulak sebab dia tak boleh lebih daripada 9 kali kesalahan. Bahagian 2 ni markah dia start drpd RPK RSM sampai habis jalan berliku.
Yang tanda (M) dalam bold tu kesalahan mandatori-maksudnya, terus gagal kalau buat. Gagal mandatori, maksudnya gagal terus bahagian tu, dan terus buat bahagian lain.
Contohnya kau ada jatuh titi, so terus gagal Bahagian 2 (litar) dan teruslah keluar buat Bahagian 3 (jalan raya).
Dan jangan lupa RPK dia bagi masa 5 minit, RSM 3 minit. Tapi selalunya tak sampai pun. Titi tak kurang daripada 7 saat (masa stop dikira lepas tayar belakang keluar titi), brake emergency tak lebih daripada 6 saat (masa stop dikira lepas tayar belakang berhenti pusing dan kaki kiri jatuh)
dah lulus ni baru confident bagi tips kan? haha. Ni aku include sekali pengalaman aku ber-test JPJ
Untuk titi-cikgu aku selalu suruh ambik lajak (jauh sikit daripada line putih) untuk stablekan diri kita awal-awal, mula nak naik titi tu laju lepastu tekan brake kaki slow-slow-dah naik jangan pandang titi, pandang jalan depan/kon dekat depan. Sebab lagi kau pandang titi lagi kau rasa tak stable. oh jangan lupa gear 2 lagi stable.
Kon-awal nak belok tu sangat memainkan peranan, sebab kalau awal awal lagi dah dekat dengan kon, kon yang seterusnya mungkin tayar belakang yang terlanggar. So, belok jauh sikit. Gagal kalau skip satu kon.
Brake emergency-cikgu aku sarankan gerakkan dulu motor baru hon, sebab ada jpj yg strict dia mula kira masa lepas kita bunyikan hon. Kalau dah lepas hon baru terhegeh kan dah rugi masa. Trust me, aku pernah gagal 2 kali masa training. Mula gear 1-speeding-gear 2-speeding. Tayar depan cecah line putih terus kau brake kaki dan tangan. Lebihkan brake kaki dan brake tangan tu buat syarat je sebab takut kau yang tergelincir lelebih.
Bonggol-takde masalah sangat. Aku pakai gear 2. Jangan sampai keluar line dan kaki cecah jalan.
Aku punya jalan antara bonggol dengan jalan 8 ni jauh, so make sure masa nak pusing tu bagi laluan dekat kereta, pandang sidemirror, toleh belakang, signal. Sebab signal ni mandatori weh, mandatori. Dan jalan untuk motor adalah 1/3 jalan. Jangan duduk tengah-tengah jalan kecuali kau nak memotong atau nak tukar lane. Sebelum tukar lane/memotong sila bagi signal awal-awal,pandang sidemirror-toleh belakang, make sure takde kereta baru kau ke tengah. Dan jangan rapat sangat dengan kereta.
Korang punya litar memang lain daripada aku, tapi in my case JPJ nak cepat kot aku so aku kena kongsi jalan dengan kereta. Dan litar aku nak masuk 8 dan keluar 8 dekat sini macam-macam kena buat sebab dia masuk laluan jalanraya so kena banyak toleh, signal pandang kiri kanan bla bla. So, korang nanti masa belajar tu tanyalah cikgu tu banyak banyak apa yang kena buat.
Dah habis jalan liku, tongkat 2 kalau boleh. JPJ sini agak strict lah. Kalau kau tak boleh tongkat-masa awal awal JPJ bagi penerangan tu, kau acah acah lah tanya "kalau tak boleh tongkat 2?" just to inform him/her yang 'hey, we existed'. Tapi in my case, JPJ tu cakap dekat budak tu "dia bukan masalah badan kecik atau besar, sebab dia fizik je". I told you before.
Untuk Bahagian 3 (jalanraya), kena pick up sikit lah sebab signal sangat penting. Kalau lupa hmm terbanglah rm100... Yang aku nak highlight-mulakan dengan bagi signal kanan dan akhiri dengan signal kiri (tanda kau nak rapat ke kiri untuk berhenti), setiap selekoh perlahankan motor, pandang sidemirror dan toleh belakang sekejap. Masuk roundabout tu make sure kepala betul-betul toleh kanan. Kalau ada kereta, berhenti. Dekat tanda berhenti, kau kena berhenti. Angkat tangan kanan toleh kanan-kiri-kanan baru gerak. Traffic light kalau hijau cuma pandang kanan sekali terus pusing/terus (ikut laluan yg ditetapkan) kalau merah/kuning berhentilah terus.
Dah berhenti angkat tangan, tutup signal, free gear, tutup enjin, tongkat 2, dan pandang JPJ dekat pondok. Best of luck!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sebenarnya nak cakap sikit je tapi biasalah perempuan haha. dan sebenarnya tadi mula nak naik titi tu aku dah belok punya jauh daripada titi yall tapi berkat doa ibu bapa dan hari arafah harini kot tetiba boleh naik titi dengan selamatnya. Bersyukur sampai rasa nak menangis hahaha.
Dia masalahnya dengan sistem nak ambik lesen ni;
1. Belajar bawak motor buruk, test pakai motor baru. Macam kereta, lain motor lain feeling dan tahap berat ringan dia.
2. Extra nervous. Ramai je, yang training ok, test tak ok-sebab nervous. Nak nak pula JPJ mengusik kuat. Cikgu kata, sebenarnya dekat kertas tu tongkat tepi ATAU tengah. Tapi dia nak jugak suruh budak-budak ni tongkat tengah. Kes tadi, masa RSM motor jatuh sidemirror berderai dengan dia dia sekali jatuh. Dah mula-mula pun tak elok, mood tak elok, dia pun kandas titi buat kali kedua. Kalau aku, memang terus tak ambik lah. rm400 untuk motor je. Aku kesian gila, aku tak dapat bayangkan kalau aku dekat tempat dia. Fuh.
So, satu je nak cakap. Yang lulus dekat sini, tak semestinya ok dekat jalanraya sebenar dan yang ok dekat jalanraya sebenar tak semestinya lulus dekat sini. Its about luck? Pesanan aku, untuk orang orang slow learner macam aku, aku ambik masa setahun untuk belajar jalanraya sebenar sebelum sambung belajar. (aku ambik test comp 2017).
Sebab aku takkan faham apa orang cakap/kenapa aku kena buat macam tu, melainkan aku sendiri yang buat dulu dan alami. Dan aku tak suka kena marah atas sebab yang aku tak tahu. Aku suka belajar sendiri dan faham salah sendiri. Dan bagi aku, belajar motor gear ni kena cekap dan ada basic. Kalau tak memang kena marah je lah jawabnya. Mohon suatu hari nanti JPJ bagi bawak kereta/motor sendiri untuk test. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Gituh.
RPK & RSM
KPP02
KPP03
Pengalaman Training