Pra-ujian / Penilaian sebelum JPJ / QTI Motosikal B2
By Naja - 6:18 PTG
Memandangkan aku dah lulus lesen B2, so baru berani share ni haha. Ni penilaian sebelum jpj atau diorang panggil QTI (Qualifying Test at the Institute). So, yang bertanda tu kesilapan yang aku buat. Salah yang kecil-kecil ni jangan ambik mudah pulak sebab dia tak boleh lebih daripada 9 kali kesalahan. Bahagian 2 ni markah dia start drpd RPK RSM sampai habis jalan berliku.
Yang tanda (M) dalam bold tu kesalahan mandatori-maksudnya, terus gagal kalau buat. Gagal mandatori, maksudnya gagal terus bahagian tu, dan terus buat bahagian lain.
Contohnya kau ada jatuh titi, so terus gagal Bahagian 2 (litar) dan teruslah keluar buat Bahagian 3 (jalan raya).
Dan jangan lupa RPK dia bagi masa 5 minit, RSM 3 minit. Tapi selalunya tak sampai pun. Titi tak kurang daripada 7 saat (masa stop dikira lepas tayar belakang keluar titi), brake emergency tak lebih daripada 6 saat (masa stop dikira lepas tayar belakang berhenti pusing dan kaki kiri jatuh)
dah lulus ni baru confident bagi tips kan? haha. Ni aku include sekali pengalaman aku ber-test JPJ
Untuk titi-cikgu aku selalu suruh ambik lajak (jauh sikit daripada line putih) untuk stablekan diri kita awal-awal, mula nak naik titi tu laju lepastu tekan brake kaki slow-slow-dah naik jangan pandang titi, pandang jalan depan/kon dekat depan. Sebab lagi kau pandang titi lagi kau rasa tak stable. oh jangan lupa gear 2 lagi stable.
Kon-awal nak belok tu sangat memainkan peranan, sebab kalau awal awal lagi dah dekat dengan kon, kon yang seterusnya mungkin tayar belakang yang terlanggar. So, belok jauh sikit. Gagal kalau skip satu kon.
Brake emergency-cikgu aku sarankan gerakkan dulu motor baru hon, sebab ada jpj yg strict dia mula kira masa lepas kita bunyikan hon. Kalau dah lepas hon baru terhegeh kan dah rugi masa. Trust me, aku pernah gagal 2 kali masa training. Mula gear 1-speeding-gear 2-speeding. Tayar depan cecah line putih terus kau brake kaki dan tangan. Lebihkan brake kaki dan brake tangan tu buat syarat je sebab takut kau yang tergelincir lelebih.
Bonggol-takde masalah sangat. Aku pakai gear 2. Jangan sampai keluar line dan kaki cecah jalan.
Aku punya jalan antara bonggol dengan jalan 8 ni jauh, so make sure masa nak pusing tu bagi laluan dekat kereta, pandang sidemirror, toleh belakang, signal. Sebab signal ni mandatori weh, mandatori. Dan jalan untuk motor adalah 1/3 jalan. Jangan duduk tengah-tengah jalan kecuali kau nak memotong atau nak tukar lane. Sebelum tukar lane/memotong sila bagi signal awal-awal,pandang sidemirror-toleh belakang, make sure takde kereta baru kau ke tengah. Dan jangan rapat sangat dengan kereta.
Korang punya litar memang lain daripada aku, tapi in my case JPJ nak cepat kot aku so aku kena kongsi jalan dengan kereta. Dan litar aku nak masuk 8 dan keluar 8 dekat sini macam-macam kena buat sebab dia masuk laluan jalanraya so kena banyak toleh, signal pandang kiri kanan bla bla. So, korang nanti masa belajar tu tanyalah cikgu tu banyak banyak apa yang kena buat.
Dah habis jalan liku, tongkat 2 kalau boleh. JPJ sini agak strict lah. Kalau kau tak boleh tongkat-masa awal awal JPJ bagi penerangan tu, kau acah acah lah tanya "kalau tak boleh tongkat 2?" just to inform him/her yang 'hey, we existed'. Tapi in my case, JPJ tu cakap dekat budak tu "dia bukan masalah badan kecik atau besar, sebab dia fizik je". I told you before.
Untuk Bahagian 3 (jalanraya), kena pick up sikit lah sebab signal sangat penting. Kalau lupa hmm terbanglah rm100... Yang aku nak highlight-mulakan dengan bagi signal kanan dan akhiri dengan signal kiri (tanda kau nak rapat ke kiri untuk berhenti), setiap selekoh perlahankan motor, pandang sidemirror dan toleh belakang sekejap. Masuk roundabout tu make sure kepala betul-betul toleh kanan. Kalau ada kereta, berhenti. Dekat tanda berhenti, kau kena berhenti. Angkat tangan kanan toleh kanan-kiri-kanan baru gerak. Traffic light kalau hijau cuma pandang kanan sekali terus pusing/terus (ikut laluan yg ditetapkan) kalau merah/kuning berhentilah terus.
Dah berhenti angkat tangan, tutup signal, free gear, tutup enjin, tongkat 2, dan pandang JPJ dekat pondok. Best of luck!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sebenarnya nak cakap sikit je tapi biasalah perempuan haha. dan sebenarnya tadi mula nak naik titi tu aku dah belok punya jauh daripada titi yall tapi berkat doa ibu bapa dan hari arafah harini kot tetiba boleh naik titi dengan selamatnya. Bersyukur sampai rasa nak menangis hahaha.
Dia masalahnya dengan sistem nak ambik lesen ni;
1. Belajar bawak motor buruk, test pakai motor baru. Macam kereta, lain motor lain feeling dan tahap berat ringan dia.
2. Extra nervous. Ramai je, yang training ok, test tak ok-sebab nervous. Nak nak pula JPJ mengusik kuat. Cikgu kata, sebenarnya dekat kertas tu tongkat tepi ATAU tengah. Tapi dia nak jugak suruh budak-budak ni tongkat tengah. Kes tadi, masa RSM motor jatuh sidemirror berderai dengan dia dia sekali jatuh. Dah mula-mula pun tak elok, mood tak elok, dia pun kandas titi buat kali kedua. Kalau aku, memang terus tak ambik lah. rm400 untuk motor je. Aku kesian gila, aku tak dapat bayangkan kalau aku dekat tempat dia. Fuh.
So, satu je nak cakap. Yang lulus dekat sini, tak semestinya ok dekat jalanraya sebenar dan yang ok dekat jalanraya sebenar tak semestinya lulus dekat sini. Its about luck? Pesanan aku, untuk orang orang slow learner macam aku, aku ambik masa setahun untuk belajar jalanraya sebenar sebelum sambung belajar. (aku ambik test comp 2017).
Sebab aku takkan faham apa orang cakap/kenapa aku kena buat macam tu, melainkan aku sendiri yang buat dulu dan alami. Dan aku tak suka kena marah atas sebab yang aku tak tahu. Aku suka belajar sendiri dan faham salah sendiri. Dan bagi aku, belajar motor gear ni kena cekap dan ada basic. Kalau tak memang kena marah je lah jawabnya. Mohon suatu hari nanti JPJ bagi bawak kereta/motor sendiri untuk test. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Gituh.
RPK & RSM
KPP02
KPP03
Pengalaman Training
74 Virus
bookmark dulu! nanti sha baca hehe sebab nak ambik lesen lepas ni
BalasPadamsemoga membantu! best of luck
PadamGambar tk jelas bole hantar kat wasap tak 01128128211
Padamsinggah sini :D done follow
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
thank u singgah~
PadamDari dulu teringin nak ambik lesen motor tapi big boss tak kasi hewhew
BalasPadamhaaa takpelah. naik motor memang bahaya punn
PadamHarap dapat membantu amin dengan sokongan tuhan
BalasPadamamiiinnn... semoga lulus ya
Padamesk saya ad test jpj doakan saya yew..
BalasPadammaaf lambat tapi harapnya lulus ya!
PadamAku gagal bahagian break kecemasan.jpj cakap kena break sebelum garisan.. Aku fail . babi jpj takde tolak ansurr
BalasPadamkalau aku kena pun meradang juga ni. so how? harap dah lulus ya?
PadamNak tanya..Sy baru buat 3 kali trining,jadual tu dia bagi 6 tarikh untuk trining.Bila waktunya jpj ye?
BalasPadamdia ada kpp02 dan kpp03. kpp 02, 9.5 jam boleh lenjan satu atau dua hari terus untuk habiskan jam. tapi kpp03, 6 jam. kalau ikutkan apa yang saya buat, dapat training satu atau dua jam je sehari. jadi kena datang tiga atau enam hari training utk kpp03. lepas tu baru qti, dan kalau lulus, baru boleh mohon tarikh sesuai untuk test jpj. dia ikut jumlah calon juga ya, tarikh tu.
PadamAku khamis ni nk buat Qti takotnyaaa
BalasPadamharap lulus ya!
Padamhai.. aq nak dekat 1 tahun ambik lesen.. firstly.. aq jenis yg tkpernah lagi bawak motor kat jalan raya.. area rumah aq baru 2kali aq bawak motor.. sbbnye.. aq jenis yg takut sikit nk bawak. so.. klau nak bawak tu.. takut ii jugak.. aq x pernah buat latihan dekat rmh.. sbb takut nk bawak motor. so kppo3 aq baru habis.. lepasni qti jpj.. risau jugak😆..
BalasPadamya mula mula dulu takut jugak. tapi sebab satu hari tu betul betul terdesak nak keluar, jadi berani sampai sekarang. kita takkan tahu keupayaan kita selagi kita tak push sendiri right? apa apa pun harap berjaya dan lulus ya!
PadamSama la.. Saya nak dekat 4 bulan belajar dalam litar.. Selalu tak lepas kat kon dan laluan tak rata tu .. Rasa nk give up pun ada😢 .. Now tengah kumpul semangat balik
PadamKalau takut sebab cikgu ke apa, boleh try buat kon tu dkt rumah je kot. Try sampai boleh. Memang rasa nak give up je, tapi apa apa pun cuba dulu ya
PadamSaya pun hampir2 nak give up dalam bahagian 2 kelas B2 ni...aku jenis slow learner... Stress aku nak ingat setiap step tu....
BalasPadamMemanggg.. perasaan dia macam, kenapa nak susahkan budak2 nak ambik lesen eh
Padammacam nak amik lesen motor. tapi takut la pulak bila baca ujian dia ni. hahaha
BalasPadamusaha dan tawakal inshaAllah dipermudahkan. Good luck!
PadamApa maksud lesson B2 dgn B
BalasPadamB2 motorsikal tidak melebihi 250 cc (skuter, kapcai), b1 tidak melebihi 500 cc, b full melebihi 500 cc (motor besar)
PadamAku tak tahu la..sbb ape erk...bila latihan naik titi ok je xde nak jtuh..bila guna motor bru untuk test jpj ..perasaaan dia lain mcm tau..motor yg kita buat ltihan mcm xde masalah..bila motor yg kita bawak untuk ujian jpj ..mesti je ade yg stuck kat situ..aduhh
BalasPadambiasanya sebab motor untuk belajar selalu dipakai. motor untuk test motor baru, jarang pakai. ada bezanya hehe.
Padamtq naja bagi tips 👍😁
BalasPadamhari sabtu ni QTI wey mampuy😱😱
BalasPadamKalau brek kecemasan tu mcm mne nk cam die punya garis aq xphm lgi pasal tu😅
BalasPadamlepas wisel, kita terus speeding sampai garisan putih, stop (tayar belakang berhenti pusing, kaki kiri jatuh) dalam 6 saat sahaja. lebih, gagal.
PadamSudah lah Sikit juga...tpi Harp2 Lulus Jpj mnggu Deon🤣🤣🤣
BalasPadamDpn
BalasPadamTongkat dua tu spoil betul
BalasPadamya, tongkat 2 bukanlah compulsory pun. tak perlu susahkan benda yang senang. sian budak budak. kita bayar bukan free.
Padamsaya baru lepas ujian jpj, tapi gagal. rasa kecewa dia tu macam tak de mood nak buat semua benda, punyala waktu qti ngn latihan okay je, smooth je bawa tapi tiba tiba ujian jpj ni pulak gagal jatuh kt bhgian titi.dgn jln raya. Nthla maybe belum smapai rezeki kita lahi kot hurm
BalasPadammemang kecewalah sebab belajar bukan main penat dan panas plus lama pulak tu. ulang alik ke tempat latihan lagi. cuba lagi, maybe terlebih nervous. doa banyak banyak.
PadamThanks alot for the info kak❤😊
BalasPadamSama sama 😉
PadamAku failed kat titi wehh .. masa X cukup 7 saat.. nightmare duh titi. Harap ulangan nnti boleh lulus
BalasPadamInsyaAllah. Usaha tawakal!
PadamRsm motosikal x perlu ckp kan mse bahagian 2 ngn 3??
BalasPadamRpk>rsm>bhg 1>rsm>bhg 2. Kalau dekat sini mcm tulah.
Padamtumpang tanya , kalau gagal QTI kena bayar ke ? wehh aku dah bayar gerento kot rm300 , tibe aku lupa pusing roundbout waktu bahagian 3 . terus gagal dan disuruh bayar rm50 pulak untuk ulangan bahagian 3 sahaja esok . eeeeeeeee total rm1950 laaaaaaaaaa 😭😭😭
BalasPadamemmm...rasanya qti ni test dari pusat latihan masing-masing je. sepatutnya kalau gagal, tak perlu bayar, cuma kena belajar lagi sampai lulus. sebab qti ni bukan test jpj. kalau test jpj gagal baru kena bayar.
Padamkalau gagal jpj kena bayar berapa eh?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamDengar dengar rm100 kalau motor. Dengar dengar laa 😂 awak boleh tanya dekat institut latihan awak terus ataupun awak call je jpj terus. Kalau call lagi senang rasanya sebab boleh tau update harga dia yang terbaru :)
PadamHye, saya nak tumpang tanya, masa kita di bahagian 3 utk buat RSM .jika kita tidak tongkat 2 adakah kita akan gagal test jpj hanya disebabkan tidak mengguna tongkat 2.
BalasPadamSepatutnya tak gagal. Sebab dekat borang jpj optional untuk tongkat 1 / tongkat 2. Depends on jpj tu dia strict ke tak. Tapi kalau pendapat saya , better awak tongkat 2 kalau nak rsm sebab takut moto jatuh masa awak tengah check tayar :)
Padamjika salah dlm mandatori walaupun satu kesalahan shj,ujian jpj akan gagal kah?
BalasPadamYeap. Gagal serta merta. Selalu nya orang lupa dekat bahagian signal. So kena ambik berat sikit kat bahagian signal. Signal tu mandatori tauuuuu 🤧
Padamsaya dh lepas ujian qti so lepas ni jpj pulak huwa takutttt.. betul ke time jpj tu guna moto yg baru hm.. akak amik lesen kat mne ye.. btw doakan saya ye😭😭😭
BalasPadamsy ambik dkt kuantan. sebab ada jpj mesti bawak keluar motor baru.. tp sy taktau tempat lain huhu. goodluckk~
Padamesok nak tambah masa lepastu baru nak qTI doakan yang baik baik yaa (takut)
BalasPadamsy baru nak qTi sabtu ni risaunya saya .. doakan saya yea 😅 sy rse sy bole sbb buat mse ni lepas je semua.. cuma part break kecemasan tk lepas la tk de bunyi break tu
BalasPadamsy byk kali kt laluan tak rata asyik teruk je.sedih sgt2. bdn asyik melambung ataupun nk terjatuh.
BalasPadamorang berbadan kecil/ringan memang ada masalah ni. yang berat mcm saya pun melambung, nak buat macam mana kan. moga awak lulus akhirnya ya
PadamMasa 1st latihan dah jatuh titi. Tapi lepas tu dah takde dah,cuma masa je tak tahu berapa. Lebih 7 saat atau tak.
BalasPadamKon tu ok.
Brek kecemasan,start dari gear 2 pastu masa laju tu,tukar ke gear 3. Dah sampai kotak brek guna brek kaki dulu,baru brek tangan.
Jalan tak rata,masa ni tersenyum2 sebab dah mcm berjoget.
Angka 8
Ni jauh sikit dari jalan tak rata.
Tapi tetap ok.
Selekoh tajam
Yg ni pun ok.
Tapi tempat sy ni ajar,takde ikut roundbot plak. Mmg semua tempat tak sama ker??
tahniah complete! memang tak sama rasanyaa
PadamHarini 3/11/2020 baru selesai JPJ. Berpeluh2 tgn,masa RPK buat 4 org sekali jalan. Berbelit2 gak le sebut. Tapi buat tak tahu,buat mcm latihan. Tapi bila nak masuk bahagian 2,tengok yg jatuh dari titi,yg lepas titi terus jalan ke kon terus rasa cuak. Tapi alhamdulillah,semua lepas. Masa dah selesai jpj,cikgu kat situ kata lulus. Cuma nak tengok result je kena tunggu dari pusat memandu tu. Lepas ni kereta plak.
PadamTahniah! Semoga saya pun boleh lulus jugak qti dengan ujian jpj ni
Padamsalam , saya nak tanya , kalau bagi perempuan memang wajib ke untuk start kick motorsikal tu . almaklum la . xpandai start motor kaki . slalu pakai starter jee .
BalasPadamKalau saya sebaiknya kena start kick motorsikal tu. Sebab cikgu saya cakap ada jenis jpj yang strict dengan benda-benda macam ni
PadamLagi lima jam je saya nak ambik QTI ni. Takut pulak rasa, sampai tak boleh tidur dah
BalasPadamNak tanya kalau gagal bahagian 3 jpj nnti repeat jpj lagi kena ulang bahagian 3 ke atau kena ulang bahagian 2 balik
BalasPadamHai nak tanya kalau yg rpk tu kalau terlupa ckp satu dua benda gagal tak??
BalasPadamhai nak tnya, kalau titi kurang drpd 7 saat, gagal ke ?
BalasPadamHabis spm minggu depan cadang nak ambil lesen , tapi mcm takutla pulak nak ambil tu. Kalau ketinggian tkberapa cukup agak ii lepas tak ? Saya dahla kecik ya Allah takut pulakk nak ambil nya 😭
BalasPadamTerima kasih bgi tip ii ni , jumaat leps ambik test tpi fail Sebb titi .. mmg down sesgt , tambah pulak bila ejen kt situ kuat mengusik bagai mmg trasa hati lah patu balik rumah ayah palau mcm xwujud .. hahaha agak dh tpi tulah , hati still sakit .. mmg rsa serabut sesgt .. first , fail test , second kne mengusik degn ejen yg dh rsa mcm kne hina , third ayah palau .. HAHAHAHA .. still thnks for the tip🌸🌸
BalasPadamAku baru fail qti. Fail kat titi. Aduyaiii. Kenapa mesti ada titi. Doakan aku lulus next qti dan seteruanya ujian jpj 😅
BalasPadamMasa latihan banyak jatuh kat titi yang lain semua ok.ada tips supaya X jatuh atas titi.takut rasanya nak ambil ujian qti
BalasPadam