Translate

Aku Yang Baru

By Naja - 8:04 PTG

Aku rasa aku patut berubah.Al maklumlah tahun depan dah Form 4 kan.Harus ada sedikit kematangan disitu.mungkin dah takde mirah yang jiwang.takde mirah yang gila lagi.mungkin semua tu akan berubah..mungkin..


Sejak bila aku rasa macam ni?Al kisah di pagi hari pukul 7.30 pg.aku dengan kawan-kawan jogging dekat pantai.diorang bawak aku ke satu tempat yang aku tak pernah pergi walau dengan family aku pun.hujung pantai.ada satu takungan air or tasik or whatever lah yang sewaktu dengannya.kalau belajar geografi mungkin dipanggil lagun ke tombolo aku tak tahu.lepas jogging dorang berborak depan air tu.aku rasa tenang dan nyaman.mungkin sebab aku dah lama tak pergi pantai.

Balik je dari pantai aku fikir aku banyak bazirkan masa dengan tidur dan makan.Aku rindu masa kecik2 aku dulu yang banyak aku habiskan dengan camping belakang rumah,masak maggi bawah pokok ceri sampai daun dan segala semut-semut masuk dalam maggi aku.haha.bila aku main galah panjangdengan jejiran yg pelbagai bangsa.seronok sangat.

Baru tadi aku baca surat-surat dan kad-kad raya yang member-member aku bagi.aku tengok balik gambar-gambar diorang zaman dulu.aku postkan dekat fb bagi member aku tengok.aku harap diorang pun rasa macam yang aku rasa.aku rindu diorang sangat-sangat.

Sebab tulah aku nak ubah hidup yang aku rasa bosan ni.hidup kita tak panjang,cuma sekali je seumur hidup.Aku baru sedar aku rindu sangat nak jadi macam dulu.Jadi orang yang tak pernah takut dengan apa yang aku akan hadapi esok.jadi orang yang tak malu dengan diri sendiri.jadi apa yang aku nak.yang penting aku jadi diri sendiri.

p/s:memandangkan aku takde shoutbox,sape yang nak aku follow blog korang balik cari aku dekat fb/twitter.aku lebih aktif di sana.thank you.

  • Share:

You Might Also Like

0 Virus