Translate

Terima kasih kepada Celcom

By Naja - 12:39 PG


Sebenarnya terima kasih Allah.sebab masih benarkan aku hidup sampai malam ni.Celcom tu cuma sabitan untuk aku terus hidup.macam sabitan kemalangan untuk orang mati.hmm,tak faham?okay.aku citer dari mula.

semuanya hanya mimpi.dah dua kali sebenarnya aku mimpi mati ni.tapi tak sempat nak mati lah.kecewa?lempang kang..haa..

mimpi yang pertama : aku,mak dan kakak aku pergi ke satu rumah lama ni.rumah ni familiar lah.aku pun tak pasti rumah apa,tapi aku pernah nampak rumah ni.yelah.mimpi kan.apa2 pun boleh jadi.nak dipendekkan cerita akak aku mati.tapi dia seekor ular.pelik?sila diam. :p .tapi ular ni susah gila nak cari dalam rumah yang dah berumput rampai ni.dekat luar rumah pun sama.

tiba-tiba mak aku suruh cari buah mangga dekat rumput-rumput untuk makan.mak aku bagi aku mangga dah buruk.aku kupas kulit dia macam aku kupas kulit buah rambutan.gila punya mimpi.lepas tu aku nampak pokok mangga so,aku suruh mak aku ambik buah tu sebab aku tak sampai.sedangkan mak aku lagi rendah dari aku.

tiba-tiba lagi akak aku hidup dan kitorang dan mak lari lah dekat padang yang luas tu.aku pun jerit best nye lari dekat sini.then.aku terjatuh.akak aku lari ke arah bukit and panjat tinggalkan kitorang.aku pun ajak mak aku panjat sekali.tapi disebabkan tak sampai,kitorang naik ke bukit yang bertentangan.aku tolong mak aku naik sebab mak aku tak sampai,tapi lepas mak aku lepas aku yang tak lepas dan nak jatuh dalam sungai.tetiba je ade sungai dekat bawah.mana datang ntah.


aku kan nak jatuh.lepas tu akak aku sambut tangan aku dan aku pun daki lah tarahan bukit tu.then bunyi mesej dari celcom mengejutkan aku.dah tu apa sabitannya.mak aku cakap kalau aku tak sedar mungkin roh aku tak sempat masuk then aku pun..tapi Allah nak aku hapuskan dosa aku dulu..hmm

mimpi ke-2 : aku tak berapa ingat sebab aku bangun terkejut.so,yang lebih-lebih je yang aku ingat.depan-depan yang aku ingat aku dengan beberapa orang.tak ingat pula siapa.naik van pergi petronas.haha.kitorang nak g audition tau.pertandingan ape ntah yang pasti pertandingan tu macam race-race lah..dan kitorang ni semua sakit.bukan gila tapi sakit yang nak mati kalau takde ubat.



lepas tu aku ingat ada sorang laki ni kesian dekat aku.biasalah kalau pertandingan,mesti lawan habis-habisan.group dia boleh tahan jahat lah.tapi dia sorang baik.aku tanya leader bila game nak habis.leader kata pukul 12.aku cakap kata habis pukul 10?tak puas hati.aku cakap aku takut kita mati sebelum game habis.then ada sorang ahli group aku bagi ubat satu sorang.aku tanya lagi air mana?air ambik sendiri katanya.so,aku pun g dapur memandangkan tetiba je kitorang dalam rumah aku.masa nak ambik air lelaki tadi nak masuk juga.lepas tu aku tersedar sebab dah 2 kali ulat ape ntah masuk dalam hidung aku.kali pertama aku tak bangun.kali kedua hidung aku betul gatal.tak sempat mati..




panjang kan cerita..haha..k.caw cincau.

  • Share:

You Might Also Like

0 Virus