Translate

How to survive first 2 weeks in Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)

By Naja - 1:23 PG

hari pertama daftar for pantai timur.hari kedua daftar for pantai barat.lel maksud aku negeri-negeri yang jauh dari pahang.first week orientasi.macam aku dah pernah cerita dekat sini.masa orientasi nilah korang kena buat macam-macam untuk menentukan hidup korang selama 10 bulan di sini.

ini tempat segala borang yang kau perlukan.tukar modul?tukar aliran?nak ambik barang post?semua ada dekat pejabat hal ehwal pelajar (HEP).beware,HEP ni mulut binasa sikit.jumpa bagi salam leklok.pastu baca ayat kursi kuat-kuat bagi insaf.


paling penting bagi aku,pertukaran modul.yes korang memang dah ditentukan modul masing-masing,kan?for instance,

module I    :chemistry,physic,biology
module II  :chemistry,physic,science computer
module III :chemistry,science computer,biology

and ada juga aliran technical and account.

and yes,masa orientasi kalau masih tak jelas pasal modul,boleh tanya akak/abang fasi.diorang takkan gigit punya.and no..,modul takkan mempengaruhi masa hadapan anda.mungkin sikit,dari segi coarse yang korang nak sambung dekat universiti nanti mestilah kena ada kaitan dengan modul sekarang right? tapi kalau ada orang kata modul satu paling menjamin masa hadapan sila baling lada hitam kuat kuat dekat muka dia.

fyi,modul satu tough.tapi kalau korang suka fizik,silakan.aku dapat tawaran untuk modul satu,tapi sempat seminggu je belajar.sebab lepas tu pertukaran aku baru proceed.aku tukar ke modul tiga.this is crucial.kau kena arif betul dengan matlamat kau.supaya nanti tak menyesal.aku tukar sebab aku memang takleh go on dengan fizik and alhamdulillah walaupun sc comp subjek yang baru dalam hidup aku,belajarnya takdelah susah kalau kau minat.so let me explain bout the subject lil bit.

chemistry
wajibul ghunnah.lel,bak kata lecturer chemist,chemistry is a queen of science.sem 1 korang akan belajar benda yang sama macam form 5,mungkin further sikit.sem 2 banyak organic chemistry-struktur-struktur molekul.best belajar organic chemistry ni sebenarnya,tapi sebab banyak sangat nama molekul nak kena hafal jadi agak mencabar lah.

physic
since aku sempat belajar seminggu je,pada aku minggu pertama je aku dah lost.kahkah.tak minat wa cakap lu.lecturer kuliah pulak garang nak mampus,aku bersyukur lah tukar.tapi mengikut roomates aku,memang sem 1 banyak lost lah.experiment pun asyik kena buat graph kan,tapi kalau rajin boleh lah korang catch up,insha Allah.dan fizik jugak antara subjek paling banyak topik masa sem 1.wahaha.

biology
macam biasa lah menghafal ye dak?sem 1 bagi aku kacang panjang je lah.(bongkak riak,takbur lel)pastu sem 2 tercirit dibuatnya.hahahahaha.topik pertama je dia bagi kau macam-macam jenis species kena hafal.salah ejaan je menangis jelah kau sia sia wahaha.sem 2 jugak kau banyak belajar mechanism.darah,jantung,pokok dan semua jenis kitaran hidup lah.tapi best,serius.lagi-lagi lecturer kau best.

science computer
kalau kau rasa ni subjek komputer sama macam kau belajar time tingkatan 1 kau silap.dah nama taraf kolej kan,haruslah upgrade disitu.mungkin sem 1 senang lagi kot,setakat menghafal  basic-basic boleh lah kan.tengok sem 2 satgi.mau tercirit belajar programming baq hang.kahkah.error kalau tak beratus tak sah.

account
aku ada kawan dalam bidang ni.tapi tak ambik tahu sangat.yang aku tahu,budak akaun paling banyak gap masa.asyik ke kafe je kerjanya.wahaha.then paling ramai dapat 4 flat.tapi faedahnya competition tinggi lah nak masuk universiti.faedah ke tu?

technical
matrik teknikal tak banyak.yang aku tahu ada satu dekat pahang tapi bukan dekat kolej aku.aku lupa sebenarnya walaupun aku ada kawan dekat situ.tapi dia ada cerita,teknikal ada tiga-chemical engineering,technical engineering,electrical engineering.tu je aku tau.kalau nak tau lebih dm aku dekat twitter.nanti aku mintak dia jelaskan.

most important here.kalau kau rabak sangat takyah pikir panjang.takyah dengar cakap orang.ini susah itu senang.aku pun macam korang dulu.elak migraine je.experience dulu baru kau rasa susah senang.mana ada belajar yang senang ye dak.nak senang duduk bawah ketiak mak tu senyap-senyap.point aku dekat sini,belajar je dulu.dapat ke tak dapat universiti tu ikut rezeki dan usaha kau,bukan sebab mak timah sebelah rumah yang tentukan.tak dapat universiti,masuk kolej swasta.tak mampu pinjam.hidup kena teruskan.kau belajar rajin-rajin,kau cerdik macam mana pun,kalau ditakdirkan malaysia bankrupt suatu hari nanti kau dengan aku duduk bawah jambatan jugak.lel.

nah belanja gambar doktor acah.-chemistry lab

ni depa main-main buat figura imaginasi.lel.-chemistry lab

test darah.MASING-MASING ye.kalau tak berani suruhlah kawan tolong cucukkan.haha.-biology lab

sebelum aku lupa.sebelum lab,korang kena salin lab manual.nanti lecturer cerita gak pasai ni.dengar betul-betul na.lain lecturer lain kaedah dan spesifikasinya.ikut jelah kepala dia okay?dan ya,minggu kedua tu jangan rasa macam sekolah pulak ada intro dari lecturers.masuk kuliah bedal belajar teruih.sila print nota awai-awai.nota ada dalam portal.kalau malaih,bawak buku nota.tapi kalau hang malaih,kena marah dgn lecturer aku tak tanggung na.lecturer KMPh ni macam cikgu sekolah sikit.

nanti aku update pasal suasana pembelajaran di KMPh pulak.

  • Share:

You Might Also Like

2 Virus

  1. Pkaian spjg orentasi ape ea? And link nk print nota tu lecture bgi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat awak.. tapi for the others yang nak tahu jawapannya, orientasi pakai baju matrik yang dia bagi. for the notes, kmph ada portal. so download semua dekat situ.

      Padam