3

Barang yang perlu dibawa ke matrik

Mesti terfikir matrik ni belajar macam dekat sekolah ke?Pakai buku nota ke?Perlu ke bawa nota lama?

ok first,memang matrik ni pelajar dia sama umur dengan korang je,tapi dia bukan sekolah okay?bagi aku,buku nota tu untuk kegunaan korang.kalau rasa jenis buat nota dalam buku,so bawaklah.tapi biasanya budak kolej ni pakai A4 je buat nota,senang nak bawak mana-mana kan.

dan mulai tahun aku,2015/2016 matrik pahang (KMPh) apply sistem portal.kolej lain ada jugak tapi tak seaktif kami lah,sebab kami memang 100% bergantung pada nota dan latihan dalam portal.kenapa aku cakap kolej negeri lain tak aktif? sebab diorang selalu mintak nota aku.haha.

since batch kami baru mula pakai portal,kelam kabut sikit lah masa awal sem.budak beratur panjang dekat kiosk nak print nota.lepas minggu orientasi,naik je minggu kedua terus belajar kan,so lecturer ajar pun pakai nota.kalau kau takde nota memang menganga habis lah.sebab hari pertama je terus speed.so aku sarankan bawak printer sendiri kalau ada.kalau tak,pepandai lah pinjam kawan punya.tapi for certain matrik(eg:kelantan) aku rasa printer takleh bawak.so suit yourself lah.

nota lama?aku rasa nota kolej dah cukup lengkap.(at least at KMPh).walaupun ada kaitan sikit-sikit dengan topik masa sekolah menengah dulu,tapi tak payah bawak pun takpe.kalau tak faham kau boleh pergi cubic tanya lecturer.cubic tu macam bilik guru lah.

so barang yang kau perlu bawak untuk belajar di matrik :

  • A4 (yang sangat banyak XD)
  • printer
  • buku nota untuk conteng masa bosan dalam lecture.lel
barang2 lain:
  • bantal,selimut (sebarang bentuk teddy bear are forbidden in KMPh)
  • toiletries  (toilet di luar bilik ye)
  • sejadah,telekung
  • kasut sukan (warna tak kisah-ni bukan sekolah)
  • kasut kuliah (PVC hitam untuk awal-awal sem)
aku rasa tu je kot.kalau ada apa-apa pertanyaan jangan segan tanyalah ahkak ni.wahaha.

3 Virus:

Boku wa Kageda berkata...

Tumpang tanya
1.Borang pengakuan matriks tu kena cop ke semua? Seperti borang pengakuan bebas dadah, persetujuan ibubapa,maklumat pelajar, salinan surat beranak,ic,ic ibubapa? Akak ada ke buat semua ni?
2.Kalau ya,siapa je yang boleh cop semua tu?
Terima kasih :)

Boku wa Kageda berkata...

Tumpang tanya
1.Borang pengakuan matriks tu kena cop ke semua? Seperti borang pengakuan bebas dadah, persetujuan ibubapa,maklumat pelajar, salinan surat beranak,ic,ic ibubapa? Akak ada ke buat semua ni?
2.Kalau ya,siapa je yang boleh cop semua tu?
Terima kasih :)

Miss M.S berkata...

Alah,sori tak ingat sangat. Tapi kalau dia ada suruh,memang kena buat semua.Sori tak ingat sbb dah banyak surat kena buat pengesahan.Tak pasti matrik kena ke tak.Baca betul2 ya. Biasa cop2 ni pegawai gred A macam penghulu,pengetua,penolong kanan,Adun... etc.

Catat Ulasan

Back to Top