puihh satu kali kepada new year
new year new me ?? puihh.buat kedua kali.
berhenti berdrama swasta.takkan ada manusia yang berjaya menjadi orang lain selepas bertahun tahun lamanya.kecuali hang baru keluaq penjara.
2015.dan takdak apa apa berubah kecuali umoq ceq.
setiap pagi ceq bangkit.tenung cermin setinggi ceq tu dan berharap kemahiran bersosial ceq makin baik.namun,bila pi keluaq beli barang.jumpa kawan teghuih lari.
failed.
setakat main social life di fb takkan menjadikan ceq seorang gadis sunti muah muah yang pandai bersosial.oh.tak perlu "sosial" sangat.langsung tak reti lebih tepat,padat,dan mutakhir.
mula berhenti menebang pokok mempelam sarang kerengga di belakang rumah setelah negara dilanda hujan monsun raya cina.tak mempengaruhi ayahanda untuk berpuas hati dgn kehendak anak beliau ini untuk mengambil kos pertanian dan pengurusan ladang sementara berjagung jagung dahulu menanti result spm ceq masak rebuih.
sungguh mendebarkan bukan?tak tau lagu mana ceq boleh terjebak dalam sekolah bagai penjara (SBP) dan menghabiskan 2 tahun pengajian penuh neraka yang menggunungkan tinggi harapan saudara mara untuk melihat ceq berjaya.musnah sekelip mata.
dan ceq mengambil keputusan untuk menyalahkan pengaruh rakan sebaya.nantikan kisah selanjutnya.
2 Virus
nice gaya penulisan u .unik
BalasPadamtang mana yg unik tu...haha
BalasPadam