Translate

Lagu Malaysia-Belantara Konkrit,Altimet ft Salam dan Aman RA

By Naja - 9:43 PTG

kali ni aku nak share Lagu Malaysia yang deep meaning orang kata.tak apa tak suka lagu bercakap,tapi hayatilah liriknya yang lebih manusia dari manusia.bagi yang tak faham,meh aku terangkan MENGIKUT PEMAHAMAN AKU.

Di mana arusnya deras dan mawar dikikis duri (perempuan yg hilang kehormatan diri)
Anginnya rawak dan diri terus diuji (liku-liku suka duka kehidupan)
Namun cita-cita membunga cinta dibunga-bunga (cita-cita dikejar,cinta pula bersepah di kelab malam,di jalanan,di lorong hj taib..)
Ilmu dicari dan emas digali (berlumba-lumba mengejar ilmu dan harta)
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit (nama lain bg hutan besi yg bermaksud kotaraya)
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Selamat datang ke kota mimpi ngeri (kota yang tak dapat diduga.esok tak sama mcm hari ini)
Dari dekat lapuk dari jauh nampak berseri (jadi impian ramai,namun hakikatnya..)
Kami jual semua kalau kamu mampu beli (kebahagian yang boleh dibeli)
Kami ambil semua kalau kamu tak reti beri (tak ada harta,pinjam.tak bayar balik,karam)
Atas darat ada lintah (kongsi gelap,ah long)
Atas darat ada buaya (sweet talker)
Gerila dalam kabus bergerak tanpa suara
Otak sihat tapi akhlaknya kurang upaya
Hati kering kerna mandi dosa di kuala
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Ada kucing kurap berangan nak jadi singa (si miskin nak jadi kaya)
Khinzir hutan kian gemuk meratah riba (pemimpin yg main rasuah)
Ular besi bawa semut ke tempat kerja (ular besi=tren/LRT/monorel,semut=pekerja)
Monyet luncai khayal berkemenyankan herba (remaja dan dadah)
Jangan mengaum bila masuk kampung kami (jgn tunjuk pandai)
Jangan pasal besar mulut buat kami kecil hati (jgn menyentuh isu peribadi)
Kami dah khatam mengaji cara tari bertaji (kami tahu segalanya)
Corak orak tenang kami tak reti lari (sentiasa bersedia)
Dimana arusnya deras dan mawar dikikis duri
Anginnya rawak dan diri terus diuji
Namun cita-cita membunga cinta dibunga-bunga
Ilmu dicari dan emas digali
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Dunia tak habis-habis kacau hak aku
Tak habis habis bebelkan aku
Aku cuma nak lepak chill layan hal aku
Tapi ada pula nak tanya apa hal aku
Asal flat kos rendah tapi berita cita tinggi
Sambil ku mengejar pelangi (melaksanakan cita2)
Hujan ribut yang aku perah (dgn bersusah payah)
Semua nak pegang barang panas (masing2 nak jd popular sekelip mata)
Tapi takut nak sentuh isu dingin (tp tak berani nak berhujah isu semasa)
Sedangkan si buta pun nak tengok dan si bisu teringin
Cakap realiti sebenarnya liar (org celik jd buta org petah diamkan diri,sampaikan yg buta dan bisu teringin katakan yg realiti hidup di kota sangat berbeza dari yg dibayangkan)
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Belantara
Belantara
Belantara
Belantara

Lagu : Belantara Konkrit
Artis : Altimet ft. Salam & Aman-RA
Album : Kotarayaku

  • Share:

You Might Also Like

2 Virus