Translate

berpolitik dan berparti itu dua perkara yang berbeza

By Naja - 12:14 PG

amboi mak jemah berpolitik nampak.bruhh,tolong jangan bagi persepsi  negatif pada politik.semacam politik tu dah jadi lebih kotor dari perkataan babi dan bullshit yang kau orang selalu sebut.

"hukuman paling berat untuk seseorang yang enggan memimpin adalah dipimpin oleh orang yang lebih teruk daripadanya" -Plato
sedih bila pandangan kita terhadap politik telah dihadkan oleh parti pemerintah dan pembangkang,maka masyarakat sekarang suka main 'politik ikut-ikut'.

double standard-ramai pengikut tegar parti politik ni diam apabila kebenaran memihak kepada dia dan bising apabila sebaliknya berlaku.the hell?

babe,ini bukan berlaku di Malaysia saja.baru haritu aku tengok penyanyi singapore yang sekarang popular di Barat mengutuk negara sendiri.dan jangan ingat budak US suka sangat presiden diorang.

about dictactor issues in eastern asia
fact.aku faham ramai yang berusaha untuk menjadikan malaysia ni sebuah negara Islam yang maju dan sebahagian lagi menolak.yang aku tak faham bila budak-budak ni bantai "YA! SEMUA YANG BELIAU KATAKAN ITU ADALAH BENAR!".dan bila berbahas pasal sesuatu isu,mesti ada "TULAH.DUIT SEMUA BAGI DEKAT RAMBUT ROSMAH" atau pasal langit yang bertulisan ALLAH masa allahyarham TG Nik Aziz meninggal dunia pun nak dijadikan isu politik.

T_T.apa dah jadi dengan rakyat malaysia ni.

"orang tu,mengkritik isu,mengkritik masalah,lawanlah isu itu,lawanlah apa yang dilontarkan itu.pandangan lawan pandangan.tulisan lawan tulisan.itu sahaja.tak perlu nak ugut pukul ke apa" -Benz Ali (ANTITHESIS)

dan satu lagi.setiap pentadbiran mesti ada cacat celanya.dan tak payah lah kau orang nak cerca bagi lumpuh terus.kau cukup yakin?bila kau gulingkan pemerintahan tu,pemerintah baru tu lebih baik?manusia.bila dah dapat kuasa.pi mai pi mai..tang tu jugak.(ini tak bermaksud aku sokong sesiapa)

ya betul.ikutlah cara islam.maka kita akan berada dilandasan yang benar.itu aku tak bangkang.yang aku susah hati.kenapa perlu politikkan agama.banyak cara lain untuk mengislamkan Malaysia.tak perlu nak kata orang tu kafir ke apa."MAKA UNDILAH AKU SUPAYA KAMU MASUK SYURGA".ini dah tak betul.

kita berpolitik,untuk menaiktarafkan kehidupan.bukan berpolitik untuk memenangkan dia,atau dia.

tanyalah kenapa Malaysia tak maju-maju.kita ada banyak bangsa.banyak hati nak dijaga.kita negara Islam yang mengherdik Israel cukup-cukup.sebab tu kita perlu demokrasi dengan negara2 besar.dan kau mana tau apa rancangan negara besar utk memporak-perandakan kita.kau tau kutuk je.takkan nak bagitau semua dekat media.nak perang ke?!

korea/jepun/cina contohnya.dia orang takde multiracial.sebab tu dorang kuat."YOU WANT TO ENTER OUR COUNTRY,ACT LIKE THE REST OF US".kesan buruk?pandangan terhadap budaya luar sangat tertutup.nak jadi asimilasi macam indonesia? semua bangsa adalah sama.tiada perbezaan taraf.kesan buruk?kerajaan tak berhak campur tangan dalam isu kaum.jadi orang Islam boleh kahwin campur tanpa tukar agama dulu.ini sangat LOL.nak jadi macam US? gelandangan pun diberi elaun.kesan buruk? bankrup.dan kemungkinan untuk dibuang kerja semasa gawat ekonomi memuncak.nak pendidikan setaraf Finland? semua hasil negara dikerahkan untuk membangunkan pendidikan.macam mana dengan senjata?oh tak perlu.tapi kita dah cabar Israel.bukan calang-calang.mendedahkan negara bulat-bulat satu risiko yang besar.

pernah fikir semua ni? tak kau orang cuma fikir pasal diri sendiri.mana nak jadi CEO kalau yuran universiti awam mahal.mana nak makan kalau ada 6% GST.mana itu mana ini.tak pernah nak cukup.berlagak konon nak jadi negara maju.negara maju mana yang murah serba serbi.aku budak lagi.tak kerja tak cari duit tak tau.gaji ciput pembelanjaan melambung.itulah kos yang perlu kita bayar untuk 'tahun 2020'.bukan?

dan oh ya.tolong jangan rajin sangat sebar isu politik tanpa hujah kukuh,sebab "SAYA TAHU SAYA BENAR DAN KAMU SALAH" kepala hotak kamu tu.maka berbanggalah jadi anak Malaysia.jangan ulang sejarah lama.aku taknak rasa perang itu apa.tolong.

  • Share:

You Might Also Like

0 Virus