biar khadam hadam apa yang kita khatam
By Naja - 11:51 PTG
saya tiada khadam.harap maklum. XD
ceritanya terlalu ramai menjadikan aku seorang psikologi tak bertauliah sejak keputusan matriks keluar.sama kesnya bila singapura dilanda todak.hemph.macam tak kena je perumpamaan.
"saya nak pergi form 6 tapi atuk sebelah nenek saya tak bagi"
"saya nak ke matriks tapi takut keluar-keluar kena lelong"
"saya nak ambik diploma tapi 3 tahun tu lama sangat.saya nak cepat bekerja dan berkahwin."
ini LOL.ramai sangat orang.banyak sangat pendapat.dan yang mengalami itu seorang.lainlah boleh dibawa sepupu sepapat tujuh keturunan mahsuri belajar bersama,menangis bersama,ku bersumpah harap mati pun bersama.*muntah putih
sementelah aku ni pun tiada pengalamannya.tapi apa yang aku boleh katakan disini
jangan hiraukan kata orang.dan jangan kedekut nak bazirkan masa untuk belajar.cepat ke lambat tak kiamatnya dunia tu,awak.
dan rancanglah hala tuju anda sebaik mungkin.do your back up,also.kalau aku dapat macam ni macam ni jadi aku akan sambung ke sini.kalau aku dapat yang satu lagi pulak,aku akan ke sana.dan siapa pulak fitnah form 6 tu tempat buangan pelajar yang tak ke matriks atau asasi?
makcik pakcik,kekanda adinda,jangan sempitkan pemikiran kanak-kanak okay?haha.semua pendidikan ada baik buruknya.ni belum apa-apa duk dengar sangat cakap orang dah gelabah menangis pepasal tak tahu nak masuk kemana.
research.dah sentuh pasal hala tuju tadi kan?macam mana nak tahu?inilah yg kena buat.kemana coarse yg kita minat tu menjurus.apa pekerjaannya nanti.dapat gaji beriban ke tak lain cerita lah.pernah dengar beriban graduan mengganggur?sebab apa anak-anak...sebab memilih kerja.baru fresh graduate berangan nak jadi CEO.memang awak ada kelayakan.tapi takde maknanya orang tu nak senang-senang angkat.lainlah dekan sepanjang tahun.yedak?tu pun syarikat takut nak ambik sebab takut demand gaji tinggi.
so,mulalah dari bawah.sikit-sikit naik bukit.sehari selembar benang.pulau pandan jauh ketengah,gunung daik bercabang tiga.LOL.
0 Virus