0

Cantik Bukan Subjektif

cantik bagi melayu sangat tak subjektif.cantik bagi melayu mestilah merangkumi



  • kulit yang putih skala bed sheet asrama
  • dahi licin saujana mata memandang
  • muka kacukan (arnab dan rusa contohnya)
  • hidung mancung pipi tak tersorong-sorong
  • bibir comel walaupun ada sisa nasi
takkan melayu hilang didunia sangat entri kali ini.bagi aku kita ni bangsa yang suka mengagung-agungkan bangsa luar dari bangsa sendiri.asal muka cam yoona terus viral.heck,aku tak salahkan yoona melayu tu.dah memang cantik dari lahir kot.hahahaa.

tapi tapi tapi.aku nak sangat tengok muka melayu asal.pure tanpa kacuk.yang cantiknya tidak dibatasi warna kulit,tingginya hidung atau luasnya dahi.

mahsuri lambang wanita melayu ^_^
bagi aku,semua perempuan ada kecantikkannya yang tersendiri.mungkin sebab diri sendiri yang tak seberapa kpopnya muka,pernilaian aku sangat luas.kalau kau tengok muka perempuan tu lama-lama,kau sendiri akan nampak cantiknya.

yang tak cantik bila perangai tak secantik muka.yang tu serta merta kena banned dari penilaian aku.SERTA MERTA.tiada kompromi kata mister potato chips.hahaha.


0 Virus:

Catat Ulasan

Back to Top