2

take everything for granted

dalam cara positif..semestinya.ini tak bermakna aku merupakan tulang belakang kepada kejadian sebab-dia-suka-aku-maka-aku-ada-hak-suruh-dia-buat-assignment-aku..atau, alamak-koyak-pulak-baju-dia-ni-takpe-la-dia-baik-tak-marah-punya... pffttt =..=

take things for granted tu maksudnya mengambil kesempatan.disebabkan rakyat malaysia ni suka mengambil kesempatan,meh aku tunjukkan camner nak ambik kesempatan cara mulia dan berkaliber sedikit.

contohnya aku suka tengok Adventure Time dan The Amazing World Of Gumball (ofkoslah kartun merapu tahap dewa-dewi kuberi nama cikkebum XD).kalau kau bukan jenis psikik mestilah kau dah anggap yang kartun tu langsung tak bermanfaat,membuang masa,merosakkan masa depan,meranapkan institusi pendidikan,dan memusnahkan harapan mak yang sedang menggoreng ikan kaloi di dapur.tapi cuba dalami apa muslihat di sebalik lawak tak berpenghujungnya tu.dalam merapu ada mesejnya.bukan macam aku,merapu takde mesej. psst:jangan mintak nombor.lol

bukan tu saja.kalau aku tengah main game paling tak berfaedah di dunia pun mesti pandai ambik kesempatan.contohnya belajar bahasa inggeris melalui game.ape?tak pernah buat?lagi-lagi kalau dia bagi mission yang aku tak faham.nak-tak nak berlari la pi cari kamus.takpun social game.yang jenis chit chat worldwide tu.kadang-kadang memang agak 18sx sikit.tapi kalau kau borak dengan mat salleh yang jenis nerd sikit,konpem dapat ilmu,beb.

baru-baru ni aku chat dengan mat german.takdak intro takdak ape,terus cakap pasal ekonomi n pembelajaran scandivania.gitew kau.kalau tanya orang kita,scandivania tu pun tak tau apa.malaysia,truly asia sangat..perangai.

so kesimpulannya,belajarlah memanipulasi buruk kepada baik.bukannya pandai menyebar yang baik menjadi buruk je.ilmu takde kencang duduk belakang phone,mengata orang sana sini.perangai tu tolong matang sikit.sekian.

2 Virus:

Sang Penulis berkata...

Chat ngan mat german terus cakap pasal ekonomi takleh blah. hahaha.. klo sy, terus cau cin can la jawab nye.. takpun sembang pasal emas ngn dia. haha..

Spirogyra berkata...

hahahaha.mungkin boleh cakap pasal emas dgn dia lain kali..:P.alang2 tolong buat pelaburan utk kita sekali.*ambik kesempatan

Catat Ulasan

Back to Top